2.16 Tan Ikan Asing Berjaya Ditangkap Dalam Masa 2 Hari
2.16 Tan Ikan Asing Berjaya Ditangkap Dalam Masa 2 Hari
Sebanyak 2.16 tan metrik ikan asing berjaya ditangkap dalam tempoh dua hari menerusi Program Inventori Perikanan Darat yang dijalankan di Sungai Kayu Ara, Mambau oleh Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (DOFNS) bersama pelbagai agensi serta komuniti setempat.
Program tersebut yang berlangsung pada 17 dan 18 Mei merupakan sebahagian daripada usaha berterusan DOFNS untuk membendung populasi ikan asing, terutamanya ikan bandaraya, yang semakin mendominasi habitat sungai tempatan dan mengancam spesies ikan asli.
Operasi yang turut dibantu oleh Skuad Pemburu Ikan Asing (SPIA) ini telah menyaksikan kerjasama erat antara JPKK Kampung Kayu Ara, JPKK Kampung Mambau, JPKK Kampung Batu 3, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan.
Difahamkan, lebih 100 orang terlibat dalam aktiviti ini termasuk kakitangan DOF, ahli SPIA, pegawai JAS, dan komuniti dari tiga buah kampung berhampiran.
Program ini juga turut diserikan dengan Pertandingan Ikan Asing Terberat, yang dimenangi oleh Kampung Kayu Ara.
BACA: China Lancar Kapal Pengangkut Kereta Terbesar Di Dunia
Antara spesies ikan asing yang berjaya ditangkap ialah ikan bandaraya, lampam jawa, tilapia hitam, tilapia merah, keli afrika, dan puyu. Kesemua hasil tangkapan ikan asing yang berjumlah lebih 2 tan metrik ini telah dilupuskan melalui kaedah penanaman.
Bagaimanapun, meski Sungai Kayu Ara kini diceroboh dan didominasi oleh ikan-ikan asing, ikan asli masih mampu bertahan di persekitaran tersebut. Antara spesies tempatan yang masih wujud termasuklah haruan, ketutu, keli kampung dan ikan selat.
Dalam pada itu, pihak JPS Negeri Sembilan juga turut berkongsi maklumat berkaitan peranan Ranjer Sungai serta memberi pendedahan mengenai konsep pengurusan lembangan sungai bersepadu, selain tanggungjawab komuniti dalam mengesan dan menangani punca pencemaran.
Program sebegini diharap dapat meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya menjaga dan memulihara ekosistem sungai, sekali gus memelihara sumber perikanan asli negara demi generasi akan datang.
BACA: Bekas Presiden AS Joe Biden Disahkan Hidap Kanser Prostat ‘Agresif’
BACA: Kira-Kira 27 Maut Akibat Puting Beliung, Ribut Di AS
Sumber: Jabatan Perikanan Negeri Sembilan
The post 2.16 Tan Ikan Asing Berjaya Ditangkap Dalam Masa 2 Hari appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime