10 Tahun Menanti, Pasangan Kongsi Momen Sambut Cahaya Mata Pertama 
2 mins read

10 Tahun Menanti, Pasangan Kongsi Momen Sambut Cahaya Mata Pertama 



10 Tahun Menanti, Pasangan Kongsi Momen Sambut Cahaya Mata Pertama 

Rezeki kadangkala bukan sahaja hadir dalam bentuk wang tunai, namun nikmat lain yang mungkin secara tidak sedar sedang kita miliki.

Antaranya sihat tubuh badan, masih dikurniakan ibu bapa disisi malah kebahagian dalam berumah tangga.

Bercakap tentang pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, sudah tentu kehadiran cahaya mata menceriakan lagi kehidupan dalam keluarga kecil itu.

Pun begitu, dunia berumah tangga ini diuji dengan pelbagai ujian termasuklah penantian cahaya mata sulung.

Malah ada juga suami isteri yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata.

Bagi, mereka yang pernah melalui situasi ini, pastinya tidak berputus asa berdoa dan percaya pada rezeki Allah SWT pasti bakal tiba jua.

Begitulah juga kisah pasangan suami isteri ini yang terpaksa menunggu sedekad menimang cahaya mata pertama mereka.

Momen itu dikongsikan pengguna akaun TikTok @kamaliyana_ dalam satu video berdurasi 46 saat.

Bagi mereka yang baru sahaja bergelar ‘ibu bapa’, sudah tentunya momen melihat dan menyambut kehadiran anak ini antara momen paling bermakna.

Apatah lagi buat pemilik video kamaliyana dan suaminya apabila 10 tahun penantian zuriat akhirnya berakhir.

“Alhamdulillah.. perjuangan dan penantian terubat,” luahnya dalam hantaran tersebut.

Dalam klip itu, suaminya kelihatan tersenyum bahagia menatap dan memangku buat kali pertama cahaya mata mereka di dalam wad.

Sementata itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat momen pasangan berkenaan.

Malah, ada juga warga maya yang  senasib dengan mereka dan memohon doa agar dapat merasai momen seperti itu.

” Semoga saya dapat rasa menerima zuriat tahun ini amin,” komen seorang pengguna.

” Nak juga macam ni. Terbayang kan suami angkat baby macam ni. Ya Allah kurniakan la zuriat buat kami suami isteri, 9 tahun dah.. Doakan saya juga ya sis,” komen seorang pengguna.

“Ya Allah moga satu hari saya dapat merasa macam ni juga,” luah seorang lagi.

@kamaliyana_

ALHAMDULILLAH .. PERJUANGAN DAN PENANTIAN TERUBAT .

♬ original sound – Syafiq Zubair – Syafiq Zubair

Sumber: TikTok @kamaliyana_

BACA: Dapat Ucapan Hari Lahir Dalam “Flight”, Reaksi Atuk Buat Ramai Tersenyum

BACA: APMM Gagalkan Cubaan Seludup Pendatang Tanpa Izin, Dadah Di Perairan Tanjung Bidara

The post 10 Tahun Menanti, Pasangan Kongsi Momen Sambut Cahaya Mata Pertama  appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center