14 Pesawat Ini Berlepas Pada 2026, Mendarat Pada 2025
1 min read

14 Pesawat Ini Berlepas Pada 2026, Mendarat Pada 2025



14 Pesawat Ini Berlepas Pada 2026, Mendarat Pada 2025

Dikala ramai yang sudah tidak sabar menyambut kedatangan tahun baharu 2026 pada hari ini, ada juga sebahagian orang sebenarnya mengembara dari masa depan ke masa lalu.

Pasti kedengaran tidak masuk akal bukan? Tapi tahukah anda, perkara ini sebenarnya terjadi di luar sana disebabkan perubahan zon masa di setiap negara, melibatkan penerbangan merentasi Garisan Tarikh Antarabangsa.

Berdasarkan jadual OAG yang diterbitkan AeroRoutes pada 21 Disember 2025, terdapat 14 penerbangan yang dikenal pasti mengembara ke masa lalu bersama penumpang, iaitu berlepas pada 1 Januari 2026 tetapi tiba pada 31 Disember 2025.

Berikut senarai 14 penerbangan yang kembali ke masa lalu;

Gambar: Aerospace Global News

Bagaimana Pesawat Boleh Mendarat Sebelum Ia Berlepas?

Seperti yang diketahui, waktu penerbangan beroperasi mengikut waktu tempatan, yang selari dengan kalendar.

Bagi laluan yang merentasi Lautan Pasifik (terutamanya dari arah barat ke timur atau berhampiran Garisan Tarikh Antarabangsa), penumpang boleh berlepas sejurus selepas tengah malam pada 1 Januari dan tiba di seberang lautan ketika waktu di destinasi masih malam 31 Disember.

Ini kerana, Garisan Tarikh Antarabangsa ialah sempadan tidak kelihatan, yang secara kasar mengikuti garisan longitud ke-180 merentasi Pasifik di mana tarikh pada kalendar berubah sebanyak satu hari penuh.

Gambar: Aerospace Global News

Jika terbang ke arah timur melintasi garisan ini, anda boleh tiba pada tarikh sehari sebelumnya, walaupun tempoh penerbangan adalah normal.

Ini bermakna mengundur masa pada kalendar boleh berlaku pada mana-mana hari sepanjang tahun, asalkan laluan penerbangan sesuai.

Namun, malam tahun baharu ialah satu-satunya masa apabila perubahan tarikh itu turut melibatkan pertukaran tahun, yang mana pesawat berlepas pada tahun baharu dan mendarat pada tahun sebelumnya.

Sumber: Aerospace Global News, Aerorouters

The post 14 Pesawat Ini Berlepas Pada 2026, Mendarat Pada 2025 appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center