18 Kemahiran Yang Perlahan-Lahan Hilang Dalam Dunia Moden
5 mins read

18 Kemahiran Yang Perlahan-Lahan Hilang Dalam Dunia Moden



18 Kemahiran Yang Perlahan-Lahan Hilang Dalam Dunia Moden

Seiring perkembangan zaman, teknologi berkembang begitu pantas dengan menawarkan pelbagai kemahiran baharu, khususnya dalam penggunaan aplikasi dalam peranti elektronik.

Apatah lagi  kemunculan Kecerdasan Buatan (AI) kini menjadi game changer dalam pelbagai urusan.

Kebanyakan perkerjaan dan perkhidmatan kini mula digantikan dengan kepakaran teknologi dan AI.

Namun disebalik perkembangan pesat ini, secara tidak sedar ia membuatkan sebahagian kemahiran yang dulunya begitu penting buat masyarakat untuk menjalankan pekerjaan atau aktiviti, kini semakin perlahan-lahan mula dilupakan.

Hari ini, SK akan membawa anda semua mengimbau semula senarai kemahiran yang makin ditelan arus moden, tetapi pernah menjadi kebanggaan generasi terdahulu.

18 Kemahiran Yang Menjadi Dambaan Suatu Ketika Dahulu

1. Menulis dengan Tulisan Sambung

18 Kemahiran hilang dunia moden
Gambar: AI

 

Pasti ramai yang pernah melihat tulisan tangan yang bersambung-sambung antara huruf khususnya dalam filem dan dokumentari zaman dahulu bukan?

Mungkin dahulu, gaya tulisan ini banyak digunakan oleh generasi terdahulu dalam pelbagai urusan. Tetapi gaya dan seni menulis tangan yang elegen ini semakin ditelan zaman.

2. Membaca Jam Analog

Seiring waktu, jam dinding digital mula menggantikan jam dinding jenis analog. Menurut kajian, mendedahkan 1 daripada 3 pelajar tidak tahu membaca jam analog.

Ia sekaligus menjadikan kemahiran asas ini semakin dihanyut arus moden.

3. Menggunakan Peta Fizikal

Boleh dikatakan, peta kertas hampir tidak digunakan lagi pada masa kini. Difahamkan, sekitar 90 peratus orang bergantung sepenuhnya pada Global Positioning System (GPS).

Kemahiran atau naluri ini semakin hari semakin ‘dijual’ dengan suara robot dalam aplikasi navigasi.

4. Menghafal Nombor Telefon

Seiring kemunculan telefon pintar, masyarakat semakin bergantung kepada peranti ini berbanding menghafal nombor telefon.

Kajian mendapati hanya 1 daripada 3 orang dewasa ingat lebih daripada dua nombor telefon tanpa melihat telefon.

5. Kira-Kira Kalkulator (Mental Math)

Kemahiran melakukan matematik asas dalam kepala semakin berkurangan kerana kalkulator dan aplikasi digital.

Ramai yang tak tahu, sebenarnya, keupayaan ini dapat membantu minda berfikir pantas dan logik

6. Memandu Kereta Manual

Gambar: AI

Kemahiran memandu transmisi (gear) manual semakin berkurang. Mungkin kedengaran agak lucu.

Tetapi pada tahun 2000, 86 peratus kereta yang diijual merupakan jenis manual. Kini, ia dijual kurang daripada 25 peratus dalam pasaran.

Perkara ini mungkin akan menyebabkan generasi baru tidak akan belajar atau mahir menukar gear secara manual.

7. Menjahit dan Membaiki Pakaian

Tahukah anda, lebih 77 peratus orang tidak tahu menjahit butang?

Generasi muda kini lebih gemar menggantikan atau membeli pakaian daripada membaikinya.

Secara tidak langsung seni jahitan ini semakin ditelan arus zaman.

8. Menggunakan Radio Analog

Radio analog yang dahulu menjadi penghubung dunia kini kurang dari 5 peratus peranti audio ini yang dijual.

9. Membaca Kod Morse

Genarasi kini mungkin hampir tidak memiliki kemahiran ini. Dahulunya, kemahiran membaca kod Morse ini menjadi nadi kepada kepada prajurit dan pelaut.

Namun, ia kini semakin dilupakan bahkan latihan standard ketenteraan tidak lagi mengaplikasikan Morse. Bahasa titik dan garis ini hampir dikikis zaman.

10. Membaca Surat Khabar

Gambar: Bernama

Surat khabar boleh dikatakan semakin dipinggirkan. Lebih 70 peratus orang dewasa kini beralih kepada berita secara digital.

Amalan membaca akhbar sewaktu pagi kini hanya tinggal nostalgia.

11. Menulis Surat Tangan

Rata-rata orang kini tidak menghantar sebarang surat tangan setahun. E-mel dan DM kini menjadi penerus kepada tradisi ribuan tahun ini.

Apatah lagi, surat cinta dan perbualan kini ditaip atau digambarkan dengan emoji.

12. Navigasi Tanpa GPS

Setiap kali memasuki laluan baharu atau bandar besar, pastinya alat navigasi menjadi pemandu arah kita menuju ke destinasi.

Bagaimanapun, kajian mendedahkan pengguna GPS mengingat 30 peratus kurang maklumat laluan yang dilalui.

13. Fotografi Filem

Kemahiran yang semakin ditelan zaman seterusnya adalah fotografi filem.

Sejak kamera digital mula diperkenalkan, jualan filem merosot 97 peratus. Perkara ini menjadikan hanya segelintir jurugambar tahu bagaimana memuat atau membangunkan roll filem.

Menangkap momen kini lebih sekadar klik, bukan seni.

14. Menggunakan Kompas

18 Kemahiran hilang dunia moden
Gambar: AI

Aktiviti seperti mendaki gunung atau meredah hutan kini semakin mendapat sambutan orang ramai.

Namun, tahukah anda sebenarnya kebanyakan pendaki muda tidak tahu membaca peta atau mencari arah utara sebenar dengan kompas.

Kemahiran ini turun 60 peratus dalam kalangan bawah 30 tahun.

15. Menaip Tanpa Auto-Correct

Mungkin bagi masyarakat kini dianggap autocorrect memudahkan ejaan. Tetapi ia sebenarnya membuat kita cepat lupa.

Difahamkan, 1 daripada 4 orang dewasa mengaku tidak dapat mengeja perkataan biasa tanpa bantuan.

16. Kerja Baiki Rumah Asas

Dahulu, rata-rata orang mampu melakukan kerja asas dalam membaiki rumah, bermula dari menukar mentol sampai lah menguruskan saluran tersumbat.

Namun, hampir 50 peratus kemahiran ini turun  sejak tahun 1990-an dan ramai lebih gemar memanggil tukang sebagai penyelesaian masalah.

17. Menulis Tangan Secara Umum

Kajian menunjukkan menulis tulisan tangan dengan laju semakin merosot. Kebanyakan pelajar kini menaip lebih cepat daripada menulis dan kurang mengingati apa yang ditaip.

18. Menggunakan Telefon Tanpa Wayar (Landline)

Pada 2004, 90 peratus rumah mempunyai telefon rumah.

Kini kurang daripada 25 peratus. generasi kini mungkin tidak pernah mendengar bunyi klasik yang dihasilkan telefon ini.

Sumber: News18, Instagram Kaizen Executive

BACA: Maksud Malaysia Kekal Sebagai “Net Creditor Nation”

The post 18 Kemahiran Yang Perlahan-Lahan Hilang Dalam Dunia Moden appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center