2 mins read

5 Minit Je, Perkongsian Lelaki “Claim” Bagasi Baru Di KLIA Jadi Tumpuan


5 Minit Je, Perkongsian Lelaki “Claim” Bagasi Baru Di KLIA Jadi Tumpuan

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads bernama Afiq Zaimi berkongsi pengalamannya selepas begnya rosak ketika menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Afiq, pihak MAS sangat cekap menguruskan aduannya. Dia hanya mengambil masa lima minit untuk dapat beg baru.

“Terbaik Malaysia Airline. Buat report beg tercabut 1 tayar kat kaunter KLIA, tak sampai 5 minit terus dibaginya beg baru. Sangat cekap, terbaik,” tulis Afiq.

Perkongsiannya menarik perhatian ramai, terutama kerana masih ramai tidak tahu tentang prosedur tuntutan kerosakan atau kehilangan bagasi ini.

Untuk membantu anda lebih faham, berikut kami kongsikan penjelasan daripada MAS.

1. Jika Bagasi Anda Tertangguh

Apa perlu buat?

  • Jika anda masih berada di lapangan terbang: Lapor segera di Pejabat Bagasi atau melalui portal Pelaporan Layan Diri dalam talian.
  • Jika anda sudah keluar dari lapangan terbang: Anda masih boleh membuat laporan dalam talian.

Apa akan berlaku selepas laporan dibuat?

  • Anda akan menerima nombor laporan kes untuk menjejaki status bagasi.
  • MAS kebiasaannya berjaya mengesan dan menghantar bagasi tertangguh dalam tempoh 24 jam ke alamat anda (rumah, pejabat atau hotel), tertakluk kepada kelulusan kastam tempatan.

2. Jika Bagasi Anda Rosak

Langkah pertama:

  • Jika nampak kerosakan semasa ketibaan, laporkan segera di Pejabat Bagasi di kawasan tuntutan bagasi.
  • Anda akan diberikan Laporan Kesilapan Harta (PIR).

Kalau baru perasan selepas balik?

  • Anda masih boleh membuat laporan secara dalam talian dalam masa 7 hari selepas menerima beg.
  • Namun, jika anda menerima beg tanpa membuat sebarang aduan, ia akan dianggap telah diterima dalam keadaan baik mengikut terma dan syarat.

3. Jika Anda Kehilangan Harta Benda

Anda boleh:

  • Datang terus ke Pejabat Bagasi sebaik tiba, atau
  • Isi laporan secara dalam talian melalui e-borang Harta yang Hilang dan Ditemui.
  • MAS akan berusaha sedaya upaya untuk mengesan dan memulangkan barangan anda.

Untuk info, waktu operasi Pejabat Perkhidmatan Bagasi di KLIA adalah setiap hari dari jam 7 pagi hingga 11:59 malam di Aras 3, Bangunan Terminal Utama (KLIA).

BACA: CelcomDigi Lancar Penyelesaian Keselamatan Siber Berkuasa AI Bantu Tangani Ancaman Digital

BACA: REDLINE Fitness Games by NISSAN Kembali Gegarkan Malaysia Dengan Lebih 10,000 Peserta dan Penonton

BACA: Thailand, Kemboja Setuju Untuk Gencatan Senjata – PM Anwar

Sumber: Threads @afiqzaimi, Malaysia Airlines

The post 5 Minit Je, Perkongsian Lelaki “Claim” Bagasi Baru Di KLIA Jadi Tumpuan appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center