
5 Perkara Ibu Bapa Tak Akan Beritahu Anak-anak, Paling Terkilan Bila Tahu No. 4
5 Perkara Ibu Bapa Tak Akan Beritahu Anak-anak, Paling Terkilan Bila Tahu No. 4
Setiap anak membesar dengan harapan ibu bapa akan sentiasa ada. Ada waktu kita jatuh, ada bila kita bangun semula. Yalah, siapa saja sanggup hadap rasa ‘kehilangan’ tempat berpaut sedari membuka mata?
Tapi, pernah tak anda terfikir. Mereka selalu menjadi tempat kita meluah bila hati tak tenang, tempat bergantung bila dunia rasa berat. Sebaliknya, di mana tempat mereka bergantung? Apa yang mereka simpan dalam hati, bertahun-tahun, tanpa pernah meluah walau sepatah?
Kita selalu diajar untuk bersikap jujur kan? Tanpa sedar, ibu bapa kita sendiri terkadang ‘berbohong’ demi melindungi kita. Lindungi hati kita daripada rasa sedih, kecewa dan rasa bersalah. Sedangkan, dalam masa yang sama, mungkin hati mereka sendiri yang hancur berkeping-keping.
Susah nak telan realiti ni, tapi sebagai anak, kita terlalu sibuk kejar hidup, sibuk cari arah sendiri. Sampai terlupa, ada hati yang makin lama makin rapuh kerana kita sendiri, darah daging mereka.
Rahsia Terbesar Ibu Bapa
Mungkin ini akan menyentak hati ramai, tapi inilah kenyataan yang tak ramai sanggup hadap.
“Kami pernah tak ada duit, tapi tetap buat kamu rasa cukup”
Banyak ibu bapa pernah melalui saat sukar dalam kewangan, tetapi mereka pandai menyembunyikannya. Mereka ikat perut sendiri, lupakan keperluan peribadi, sanggup meminjam, semata-mata mahu anda rasa seperti hidup anda tidak kurang apa-apa.
Anda mungkin tak tahu, tapi di sebalik makanan yang anda makan, baju yang anda pakai, dan buku sekolah yang anda guna, ada seribu satu pengorbanan yang tidak pernah diceritakan.
“Kami pernah berkorban impian sendiri, demi impian anda”
Banyak ibu bapa memilih untuk menangguhkan atau terus melupakan impian peribadi demi memastikan anak-anak mereka punya ruang untuk bermimpi lebih besar. Bahkan, mereka melakukannya agar anda merasa ‘ada ibu dan ayah’ setiap hari.
Ketahuilah, mereka tidak pernah menyesal, kerana melihat anda berjaya sudah cukup membuatkan hati mereka puas.

“Kami pernah menangis kerana anda, tapi tak pernah tunjuk”
Anda mungkin pernah terlepas kata, pernah marah, pernah kecewakan mereka, dan dalam diam, mereka menangis. Mereka juga manusia kan? Punya hati dan perasaan.
Tapi anda tak pernah tahu, kerana mereka sembunyikan air mata itu dengan cukup sempurna. Mereka tak mahu anda merasa bersalah, mereka tak mahu anda rasa terbeban.
Tapi hati ibu bapa itu bukan besi. Bila anak buat silap, mereka sedih. Bila anak sakit, mereka risau. Bila anak jauh, mereka rindu. Tapi semuanya disimpan dalam diam, dalam doa.
“Kami tak akan ada selamanya, tapi kami harap anda akan terus baik”
Ini hakikat yang paling berat, tapi juga paling benar. Suatu hari nanti, ibu bapa akan pergi. Harapan setiap insan bergelar ibu dan bapa itu sama, mereka ingin anda membesar menjadi manusia yang baik, bertanggungjawab, jujur dan tahu menghargai kehidupan.
Mereka tak mengharapkan balasan. Cukuplah anda hidup dengan baik, tak tinggal solat, hormat orang, dan teruskan nilai yang mereka tanam sejak kecil. Itulah warisan terbesar yang mereka mahu tinggalkan.

“Kami rindukan anda, tapi tak nak ganggu”
Bila anda semakin dewasa, anda sibuk dengan kerja, kawan-kawan, pasangan, dan urusan hidup sendiri. Telefon jarang berbunyi, WhatsApp jarang dibalas.
Tapi tahu tak? Ibu bapa masih tunggu setiap hari. Mereka rindu suara anda, rindu gelak tawa anda, rindu cerita anda. Namun, mereka memilih diam, kerana mereka faham anda sibuk. Mereka tak mahu ganggu, tak mahu jadi beban.
Padahal, satu panggilan daripada anda pun sudah cukup menceriakan seluruh hari mereka.
Rewind the Love, Reward the Moment – Kerana setiap detik bersama keluarga itu EMAS
Dunia hari ini terlalu pantas. Kita kejar masa, kita kejar kejayaan. Tapi kita sering lupa, detik kecil bersama ibu bapa adalah anugerah paling mahal dalam hidup.
Senyuman mereka waktu kita berjaya. Doa mereka waktu kita susah. Pelukan mereka waktu kita sedih. Semuanya bukan sekadar memori, tapi ‘penawar’ yang mungkin kita perlukan di masa depan.
Sebab itu, POLO HAUS mengajak semua untuk hargai saat-saat istimewa ini melalui kempen #RewindtheloveRewardstheMoment sempena Parents’ Day.
Cara penyertaan
Berlangsung hingga 15 Julai 2025, anda boleh sertai kempen ini dengan dua cara mudah:
1) Melalui Media Sosial (Facebook/Instagram):
- Ikuti akaun rasmi POLO HAUS di Facebook @Polo Haus atau Instagram @polohaus_official
- Muat naik gambar ibu bapa anda atau momen nostalgia bersama mereka dengan memakai sebarang produk POLO HAUS
- Gunakan tanda pagar #RewindTheLoveRewardTheMoment #ParentsDay #polohaus #polo dan tag akaun POLO HAUS
- Pastikan profil anda dalam mod umum (public)
2) Melalui Borang Penyertaan:
- Klik di sini untuk isi borang dan hantarkan penyertaan anda.
Bagi mereka yang berminat sertai #RewindtheloveRewardstheMoment, klik di sini untuk terma dan syarat penyertaan.
‘Hint’ untuk pemenang? Semakin ‘nostalgik’ detik yang dikongsi, semakin tinggi peluang untuk menang!
Hadiah menarik menanti
POLO HAUS menawarkan ganjaran lumayan untuk detik nostalgia anda bersama insan tersayang.
Dengan pemenang diumumkan pada 1 Ogos 2025 di media sosial rasmi POLO HAUS, mereka yang bertuah akan membawa pulang:
Hadiah Utama: Jongkong Emas 999.9 bernilai RM10,000 (1 pemenang)
Hadiah Saguhati: Jongkong Emas 999.9 bernilai RM1,000 (10 pemenang)
Bonus Instore
Sebagai tambahan sempena musim istimewa ini, dapatkan potongan segera RM30 dengan setiap pembelian minimum RM300 dalam satu resit. Jangan lepaskan peluang ni hanya di butik POLO HAUS yang terlibat
Kita mungkin tak pernah minta dilahirkan, tapi mereka tak pernah menyesal melahirkan kita. Kasih sayang ibu bapa itu, walau tidak selalu dizahirkan dengan kata-kata, tetap kekal utuh sampai akhir hayat.
Ambillah peluang ini untuk #RewindtheloveRewardstheMoment bersama insan tersayang, jadikan ia detik berharga buat mereka.
The post 5 Perkara Ibu Bapa Tak Akan Beritahu Anak-anak, Paling Terkilan Bila Tahu No. 4 appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime