Ramalan Awal Banjir Libat Tiga Negeri Bermula Isnin – JPS
Ramalan Awal Banjir Libat Tiga Negeri Bermula Isnin – JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menerusi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir melibatkan Kelantan, Terengganu dan Pahang yang berkemungkinan bermula seawal 5 hingga 9 Januari depan.
Ramalan awal tersebut dikeluarkan susulan Amaran Hujan Berterusan pada tahap Waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.
Ramalan awal banjir Kelantan
Di Kelantan, 10 jajahan disenaraikan bakal dilanda banjir bermula 5 Januari 2026 hingga 9 Januari 2026.
“Jajahan Tumpat dijangka bakal mengalami banjir melibatkan Lembangan Sungai Golok (Sg Golok) dan Lembangan Sungai Kelantan (Sg Kelantan).
“Jajahan Pasir Mas juga dijangka bakal dibadai banjir melibatkan Lembangan Sungai Kelantan (Sg Kelantan) dan Lembangan Sungai Golok (Sg Golok),” maklum PRABN.
Sementara itu, Jajahan Bachok turut diramal banjir melibatkan Lembangan Sungai Semerak (Sg Semerak) dan Lembangan Sungai Kemasin (Sg Melor, Sg Kemasin).
Bagi Jajahan Machang dan Jajahan Kota Bharu pula, banjir dijangka melibatkan Lembangan Sungai Kelantan (Sg Kelantan) di kedua-dua kawasan.
Di Jajahan Pasir Puteh, banjir dijangka melibatkan Lembangan Sungai Semerak (Sg Semerak, Sg Buaya Ikat).
Beralih ke Jajahan Jeli, Lembangan Sungai Kelantan (Sg Kelantan) turut dijangka banjir.
Begitu juga Jajahan Tanah Merah yang melibatkan Lembangan Sungai Kelantan (Sg Kelantan) dan Lembangan Sungai Golok (Sg Golok).
Jangkaan banjir di Jajahan Krai melibatkan Lembangan Sungai Kelantan (Sg Lebir, Sg Kelantan, Sg Galas).
Sementara di Jajahan Gua Musang, banjir dijangka melanda Lembangan Sungai Kelantan (Sg Lebir, Sg Nenggiri, Sg Galas, Sg Jeli, Sg Kelantan).

Ramalan awal banjir Terengganu
Sementara itu di Terengganu, lapan daerah disenaraikan dalam ramalan awal banjir yang dikeluarkan.
“Daerah Kemaman diramal berkemungkinan banjir melibatkan Lembangan Sungai Kemaman (Sg Chukai, Sg Kemaman, Sg Tebak, Sg Air Jernih, Sg Jabor, Sg Cherul) dan Lembangan Sungai Kemasih (Sg Kemasik).
“Ramalan awal banjir di Daerah Dungun pula melibatkan Lembangan Sungai Dungun (Sg Dungun, Sg Merung, Sg Kelmin, Sg Loh), Lembangan Sungai Paka (Sg Paka) dan Lembangan Sungai Sura (Sg Sura),” maklum PRABN.
Daerah Hulu Terengganu turut diramal banjir melibatkanLembangan Sungai Terengganu (Sg Terengganu, Sg Berang, Sg Telemong, Sg Peneh, Sg Tersat) dan Lembangan Sungai Marang (Sungai Peroh, Sungai Ara, Sungai Ajil, Sungai Lerek, Sungai Maksara).
Di Daerah Setiu, Lembangan Sungai Terengganu (Sg Nerus, Sg Pelong) dan Lembangan Sungai Setiu (Sg Setiu, Sg Ima Putih, Sg Chalok, Sg Guntung) bakal terlibat banjir.
Terus ke Daerah Besut, kawasan di Lembangan Sungai Besut (Sg Besut, Sg Kemia, Sg Peng, Sg Ruar, Sg Pengkalan Nyireh) dan Lembangan Sungai Keluang Besar (Sg Keluang Besar) dijangka terlibat banjir.
PRABN turut menyenaraikan Lembangan Sungai Terengganu (Sg Terengganu) dan Lembangan Sungai Ibai (Sg Ibai) di Daerah Kuala Terengganu bakal banjir.
Beralih ke Daerah Kuala Nerus, Lembangan Sungai Terengganu (Sg Nerus, Sg Terengganu) dijangka alami banjir minggu hadapan.
Begitu juga Daerah Marang yang melibatkan Lembangan Sungai Merchang (Sg Merchang), Lembangan Sungai Marang (Sg Marang) dan Lembangan Sungai Ibai (Sg Ibai).

Ramalan awal banjir Pahang
Ramalan awal banjir di Pahang yang dikeluarkan PRABN menyenaraikan enam daerah bakal terlibat.
Bagi Daerah Kuantan, kawasan yang terlibat termasuk Lembangan Sungai Pahang (Sg Lepar, Sg Penor) dan Lembangan Sungai Kuantan (Sg Kenau, Sg Galing, Alur Sg Belat, Sg Pandan, Sg Chendering, Sg Belat, Parit Jawa, Sg Pinang, Sg Tiram, Sg Soi). Lembangan Sungai Cherating (Sg Cherating) dan Lembangan Sungai Ular (Sg Ular) turut tersenarai.
Di Daerah Pekan, Lembangan Sungai Pahang (Sg Anak Tasek, Sg Mentiga) dan Lembangan Sungai Air Tawar (Sg Air Tawar) dijangka alami banjir.
Sementara itu, PRABN turut meramalkan banjir berkemungkinan berlaku di Daerah Rompin melibatkan Lembangan Sungai Endau (Sg Anak Endau), Lembangan Sungai Rompin (Sg Keratong, Sg Kepasing) dan Lembangan Sungai Pontian (Sg Cemara).
Bagi Daerah Jerantut, Lembangan Sungai Pahang (Sg Tekai, Sg Cheka, Sg Tembeling, Sg Tekam, Sg Teh dan Sg Pergoh) bakal dilanda banjir minggu hadapan.
Beralih ke Daerah Maran, Lembangan Sungai Pahang (Sg Kundang, Sg Pahang, Sg Jengka, Sg Weh, Sg Jerik) juga diramalkan bakal banjir.
Begitu juga Daerah Lipis yang melibatkan Lembangan Sungai Pahang (Sg Jelai, Sg Lipis, Sg Telum).

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan. Amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” tegas pusat berkenaan.
BACA: Beg Tersangkut, Reaksi Comel “Rider” Ambil Barang Bikin Dekah
BACA: Tiba-Tiba Bau Wangi Dalam Hutan, Rupanya Datang Dari Sini
Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS)
The post Ramalan Awal Banjir Libat Tiga Negeri Bermula Isnin – JPS appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime