Bilik ‘Hangus’, Mualaf Ditemui Terbaring Di Atas Sejadah
1 min read

Bilik ‘Hangus’, Mualaf Ditemui Terbaring Di Atas Sejadah


Bilik ‘Hangus’, Mualaf Ditemui Terbaring Di Atas Sejadah

Setiap orang tidak terlepas daripada diuji dalam kehidupan. Ada yang diuji dalam bentuk kemewahan, kemiskinan, kesihatan mahupun musibah bencana.

Itulah ujian yang dilalui seorang lelaki yang baru memeluk agama Islam tahun lalu, Nader Phet, 31, (Thailand) apabila rumahnya dipercayai mengalami insiden kebocoran gas alat pendingin hawa.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh adik lelakinya, Gisele menerusi akaun TikTok rasmi Nader sendiri.

Call & Ketuk Pintu Tapi Tiada Sahutan Nader

Menurut adiknya, dia telah menghubungi abangnya untuk mengangkat barang susulan baru tiba ke rumahnya pada jam 6 pagi.

Bagaimanapun, dia mula menyedari terdapat yang tidak kena, apabila abangnya tidak menjawab panggilan telefon.

Gisele kemudiannya meminta pengawal keselamatan untuk naik ke atas rumah.

“Saya kemudian meminta pengawal keselamatan membenarkan saya naik ke atas.

“Apabila saya membuka pintu, asap terlalu tebal hingga saya hampir tidak dapat bernafas.

“Saya dan jiran sebelahnya menjerit memanggil namanya serta mengetuk pintu biliknya, tetapi tiada jawapan. Akhirnya, pengawal terpaksa memecahkan pintu itu,” kongsinya.

Terbaring Di Atas Sejadah Sambil Memeluk Al-Quran

Misteri panggilan telefon yang tidak dijawab terungkai apabila abangnya ditemui terbaring di atas sejadah sambil memeluk kalam Allah, dipercayai tertidur selepas menunaikan solat tahajud.

“Seluruh biliknya terbakar ketika dia sedang tidur di atas sejadah. Kami percaya dia tertidur selepas menunaikan solat tahajud dan Subuh, sekitar jam 4 pagi,” kata Gisele.

Menerusi gambar yang dikongsikan di platform berkenaan, ruangan bilik berkenaan berwarna hitam (hangus) hampir 60 peratus.

Tambah Gisele, abangnya telah dikejarkan ke hospital menaiki ambulans dan kini masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Susulan itu, dia dan ahlli keluarga memohon doa orang ramai agar Nader kembali sihat walafiat.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center