Senarai Nama Calon KP SPRM Telah Dipersembah Kepada Agong – PM Anwar
3 mins read

Senarai Nama Calon KP SPRM Telah Dipersembah Kepada Agong – PM Anwar

Senarai Nama Calon KP SPRM Telah Dipersembah Kepada Agong – PM Anwar

PASIR GUDANG, 24 April (Bernama) — Senarai calon bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata senarai itu merangkumi individu yang layak untuk menerajui badan pencegahan rasuah negara itu.

Bercakap kepada media selepas menghadiri makan tengah hari dan menyantuni komuniti di Pasar Tani Kekal Permas Jaya di sini hari ini, Anwar sempat berseloroh apabila ditanya tentang jumlah calon yang disenaraikan untuk pertimbangan Seri Paduka Baginda.

“Ada 120 (nama calon yang diserahkan),” kata beliau sebelum bergerak menuju ke Masjid Bandar Permas Jaya di sini bagi menunaikan solat Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata butiran mengenai senarai pendek calon tidak akan didedahkan buat masa ini dan hanya akan diumumkan kemudian.

“Itu (senarai pendek) … akan diumumkan nanti,” katanya ringkas.

Terdahulu, menurut hantaran di laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Perdana Menteri hari ini.

Semalam, Seri Paduka Baginda bertitah Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu akan dipilih bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama-sama komuniti setempat di Pasar Tani Kekal Permas Jaya serta meninjau barangan keperluan asas yang dijual.

Ketibaan beliau pada 12.33 tengah hari tadi disambut oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Perdana Menteri kemudiannya meneruskan perjalanan ke Masjid Bandar Permas Jaya untuk menunaikan solat Jumaat.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch