1 min read

Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Kereta Langgar Gajah Melintas


Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Kereta Langgar Gajah Melintas

JOHOR BAHRU, 14 Mei (Bernama) — Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaiki melanggar seekor gajah di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru–Mersing malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, pasangan suami isteri berumur 40 dan 38 tahun itu sedang dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke Mersing menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Alza.

“Secara tiba-tiba, empat ekor gajah melintas jalan di lokasi berkenaan, menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh seekor daripada haiwan terbabit.

“Akibat perlanggaran itu, bahagian hadapan kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk. Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.

BACA JUGA: Anak Mati Dilanggar, Ibu Gajah Setia Tak Berganjak 

Beliau berkata kesemua gajah terlibat dipercayai telah masuk semula ke kawasan hutan berhampiran selepas kejadian, dan satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa bagi tujuan dokumentasi dan rujukan insurans.

“Pihak berkuasa dinasihatkan agar meningkatkan pemantauan di kawasan itu memandangkan laluan berkenaan sering menjadi lokasi pergerakan haiwan liar, terutamanya pada waktu malam,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Kereta Langgar Gajah Melintas appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center