1 min read

KPM Tangani Isu Sekolah Padat Menerusi Pembinaan Bilik Darjah Tambahan Baharu Dan Kemudahan-Kemudahan Lain Di 121 Buah Sekolah


KPM Tangani Isu Sekolah Padat Menerusi Pembinaan Bilik Darjah Tambahan Baharu Dan Kemudahan-Kemudahan Lain Di 121 Buah Sekolah

Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa berusaha menangani isu sekolah padat di seluruh negara dan menyediakan akses pendidikan yang kondusif untuk semua murid, guru dan warga sekolah. Ini termasuk menerusi pembinaan bilik darjah tambahan baharu menggunakan kaedah Industrial Building System (IBS) dan kemudahan-kemudahan lain sebagai penyelesaian jangka pendek dan efektif di sekolah yang berkepadatan tinggi. Kaedah IBS dan lukisan Pre Approved Plan (PAP) dapat memastikan tempoh pembinaan yang singkat dan siap pada tahun semasa.

Sebanyak 121 buah sekolah padat di tujuh buah negeri telah dikenal pasti dan akan dibina bilik darjah tambahan baharu untuk aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Ini termasuk kemudahan infrastruktur serta kelengkapan seperti peralatan pengajaran dan perabot. Kos keseluruhan projek adalah berjumlah RM88 juta.

Pecahan sekolah terlibat mengikut negeri adalah di Selangor (103), Perak (8), Pahang (4), Negeri Sembilan (3), Terengganu (1), Kuala Lumpur (1) dan Pulau Pinang (1). Projek akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kerja Raya melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek Naik Taraf Sekolah Berkepadatan Tinggi telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, YB Datuk Seri Ahmad Maslan pada Khamis.

The post KPM Tangani Isu Sekolah Padat Menerusi Pembinaan Bilik Darjah Tambahan Baharu Dan Kemudahan-Kemudahan Lain Di 121 Buah Sekolah appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center