Herpes: Gejala, Punca & Rawatan
Herpes: Gejala, Punca & Rawatan
Herpes ialah jangkitan yang disebabkan oleh virus herpes simplex (HSV). Ia boleh menyebabkan luka kecil seperti lepuh di sekitar mulut atau alat sulit.
Terdapat dua jenis utama HSV, iaitu HSV-1, biasanya menyebabkan herpes oral (di sekitar mulut) dan HSV-2 yang lebih kerap menyebabkan herpes kelamin (di sekitar alat kelamin).
Herpes Oral
Herpes oral (juga dikenali sebagai herpes simplex-1 atau HSV-1) ialah jangkitan dalam mulut, bibir atau gusi disebabkan virus herpes.
Penyakit ini menyebabkan lepuh kecil berair di sekeliling mulut dan gusi.
Virus ini merupakan virus daripada keluarga yang sama dengan virus yang menyebabkan demam cacar air, kayap, dan mononukleosis berjangkit.
Kebanyakan jangkitan sekunder berlaku melalui sentuhan sewaktu usia muda lagi jadi 80 peratus orang dewasa telah dijangkiti dengan virus herpes jenis1.
Apa simptom herpes oral?
Sesetengah pesakit mendapat ulser mulut apabila pertama kali terdedah kepada virus HSV-1, sesetengah yang lain tidak mempunyai simptom langsung.
Simptom kebiasaannya berlaku dalam kanak-kanak berusia 1 hingga 5 tahun, sama ada sederhana atau teruk.
Simptom kebiasaannya kelihatan dalam masa 1 hingga 3 minggu selepas dijangkiti virus dan mungkin dialami hingga 3 minggu.
Tanda-tanda amaran herpes mulut termasuklah:
- Kulit gatal di sekitar bibir atau mulut
- Lepuh air sekitar kawasan mulut
- Rasa kesemutan pada bibir atau mulut
Sebelum lepuh air kelihatan, anda mungkin mengalami:
- Sakit tekak
- Demam
- Rasa sakit sewaktu menelan
Lepuh air atau kemerahan boleh berlaku pada:
- Gusi
- Telinga
- Mulut
- Tekak
- Lepuh air tersebut juga boleh terhimpun
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Apa punca herpes oral?
Punca herpes mulut ialah virus herpes jenis 1 (HSV-1), yang merebak melalui sentuhan dengan air liur oleh mereka yang dijangkiti, seperti kanak-kanak dicium oleh pembawa virus.
Virus juga boleh memasuki badan melalui luka pada kulit atau mulut.
Selepas jangkitan pertama, virus akan diam dan tidak aktif sebelum menyebabkan lepuh air selepas beberapa lama.
Apa faktor risiko herpes oral?
Faktor yang meningkatkan risiko terhadap herpes mulut, termasuklah:
- Mempunyai sistem imun yang lemah
- Jangkitan HIV
- Kanser yang sedang dirawat dengan kemoterapi
- Hubungan kelamin tanpa perlindungan
Tidak mempunyai faktor risiko tidak bermakna anda bebas daripada penyakit ini.
Faktor risiko ini ialah untuk rujukan sahaja. Anda perlu menghubungi doktor pakar untuk maklumat lanjut.
Herpes Kelamin
Herpes kelamin merupakan jangkitan seksual yang juga dipanggil sebagai sexually transmitted infection (STI), berpunca disebabkan virus herpes simplex virus (HSV).
Ia selalunya terjadi apabila lepuh-lepuh kecil berair muncul pada alat kelamin, dubur atau mulut.
Herpes kelamin boleh merebak melalui hubungan terus tetapi selalunya terjadi ketika melakukan aktiviti seksual.
Herpes kelamin adalah keadaan yang biasa terjadi pada lelaki dan wanita. Wanita lebih berisiko dijangkiti virus berbanding lelaki.
Ia biasanya berlaku kepada mereka yang aktif secara seksual. Ibu hamil yang dijangkiti penyakit ini boleh menjejaskan bayi mereka ketika melahirkan anak.
Ia boleh diurus dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Apa simptom herpes kelamin?
Ramai individu dijangkiti dengan HSV tidak tahu bahawa mereka sedang dijangkiti kerana tiada sebarang tanda atau gejala.
Beberapa individu mengalami tanda dan gejala seperti berikut:
- Sakit atau gatal-gatal di bahagian alat kelamin atau belakang
- Gumpalan merah kecil atau lepuh putih kecil
- Ulser yang terbentuk apabila lecur pecah
- Kuping yang terbentuk apabila ulser sembuh
- Sakit apabila membuang air kecil
- Gejala seperti selesema
- Kelenjar limfa membengkak di pangkal paha
- Sakit kepala
- Sakit otot
- Demam
Luka-luka boleh terjadi di sekitar mulut, kawasan rektum, dan kawasan alat kelamin. Herpes kelamin adalah berbeza bagi semua individu.
Tanda dan gejala boleh berulang selama bertahun-tahun. Bagi beberapa individu, mereka mengalami gejala-gejala ini beberapa kali dalam setahun manakala bagi mereka yang lain tidak mengalami sebarang gejala.
Mungkin terdapat beberapa tanda atau gejala yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai apa jua gejala, sila berunding dengan doktor anda.
Apa punca herpes kelamin?
HSV adalah disebabkan oleh virus herpes yang dikenali sebagai herpes simplex virus (HSV). Ia boleh merebak melalui hubungan terus, seks, seks oral atau jangkitan ibu kepada bayi.
Apabila dijangkiti, virus yang tidak aktif yang berada dalam tubuh akan diaktifkan semula beberapa kali dalam setahun. Ada dua jenis virus herpes.
Herpes simplex virus jenis 1 (HSV-1) menyebabkan luka-luka sejuk dan lepuh demam namun ia boleh merebak ke kawasan alat kelamin ketika seks oral
Herpes simplex virus jenis 2 (HSV-2) yang biasanya menyebabkan herpes kelamin. Penularannya sangat tinggi dan boleh merebak melalui hubungan seksual dan hubungan kulit ke kulit
Virus selalunya mati secepat yang mungkin di luar badan. Jadi, adalah mustahil untuk seseorang itu dijangkiti virus daripada tempat duduk jamban atau berkongsi tuala dengan individu berjangkit.
Apa faktor risiko herpes kelamin?
Terdapat beberapa faktor risiko untuk herpes kelamin seperti:
Jantina: Kes-kes membuktikan bahawa wanita amat mudah dijangkiti virus berbanding lelaki
Ramai pasangan seksual: Risiko anda tinggi dengan setiap pasangan anda. Jadi, amat penting untuk melakukan seks secara selamat dan kerap melakukan pemeriksaan
Sistem imun yang lemah: Ini membuatkan anda lebih mudah dijangkiti virus
Adakah herpes akan hilang?
Malangnya, herpes tidak akan hilang dari tubuh. Virus ini kekal dalam sistem badan. Namun, ubat-ubatan boleh membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan gejala.
Produk bebas preskripsi boleh memberikan kelegaan sementara terhadap ketidakselesaan, menurut Medical News Today.
BACA: 5 ‘Racun’ Yang Mungkin Anda Sembur Setiap Hari Pada Kulit
BACA: Ramai Ambil Mudah, Tak Tutup Kemas Penutup Radiator Boleh Buat Rugi Beribu
BACA: Kisah Penemuan 796 Mayat Bayi Di Tapak Rumah Jagaan, Rahsia Gelap Selama Berdekad
Sumber: Medical News Today, Hello Doktor (1) (2)
The post Herpes: Gejala, Punca & Rawatan appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime