1 min read

Qatar Gantung Sementara Trafik Udara Susulan Konflik Iran-Israel


Qatar Gantung Sementara Trafik Udara Susulan Konflik Iran-Israel

Kementerian Luar Qatar memaklumkan pihak berkuasa menggantung sementara trafik udara di seluruh negara pada Isnin selepas Iran mengancam untuk membalas serangan Amerika Syarikat ke atas tapak nuklearnya.

Memetik laporan AFP, beberapa kedutaan Barat juga menasihatkan rakyat mereka di sana untuk berlindung di tempat yang selamat.

Qatar yang kaya dengan gas, yang terletak 190 kilometer di selatan Iran merentasi Teluk, adalah rumah kepada pangkalan tentera terbesar Amerika Syarikat di rantau itu, Al Udeid.

“Pihak berkuasa mengumumkan penggantungan sementara trafik udara di ruang udara negara, sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang diambil berdasarkan perkembangan di rantau ini,” kata Kementerian Luar.

BACA JUGA: Iran Lapor Serangan Baharu Israel Ke Atas Kemudahan Nuklear Fordow

Tambah kementerian itu, pihak berkuasa juga sedang memantau keadaan melalui penyelarasan dengan rakan serantau dan antarabangsa.

Terdahulu, kedutaan AS di Qatar menasihatkan rakyat mereka di sana supaya tidak keluar. Ia diikuti dengan kedutaan Barat lain yang mengulangi amaran itu.

“Atas kewaspadaan yang tinggi, kami mengesyorkan warga Amerika berlindung sehingga notis selanjutnya,” kata kedutaan AS di laman webnya.

Angkatan bersenjata Iran mengancam pada hari Isnin untuk mengenakan ‘tindakan yang serius dan tidak dapat diramalkan’ ke atas AS.

Sejak Ahad, AS menyertai Israel menentang Iran dengan melakukan serangan hebat ke atas tiga tapak nuklear.

Sumber: AFP

The post Qatar Gantung Sementara Trafik Udara Susulan Konflik Iran-Israel appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center