2 mins read

Hadif Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran


Hadif Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran

Seorang pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh, Hadif, berjaya mencatat kejayaan membanggakan apabila menamatkan Syahadah Ula, satu pengiktirafan tertinggi dalam perjalanan menghafaz al-Quran di institusi tahfiz berkenaan.

Menerusi hantaran rasmi di laman Facebook Maahad Tahfiz Al-Fateh, kejayaan Hadif disambut penuh emosi dan syukur oleh pihak sekolah serta keluarganya.

“Menitis air mata seorang ibu. Tanda syukur dan bangga atas kejayaan anakanda tercinta,” ujar maahad berkenaan.

Syahadah Ula menandakan bahawa seseorang pelajar telah menghafaz keseluruhan 30 juzuk al-Quran secara bersistem dan diuji secara rasmi oleh guru bertauliah, menjadikannya layak bergelar seorang hafiz yang diiktiraf.

“Detik penuh emosi ini bukan sekadar lambang kejayaan, tetapi bukti kasih, doa dan pengorbanan yang tidak ternilai dari ibu bapa serta kesungguhan Hadif dalam mengejar reda Allah,” kongsi pihak Maahad.

Menerusi kenyataan yang sama, pihak maahad berkenaan turut mendoakan agar Hadif terus maju dalam jalan ilmu dan kepimpinan, serta menjadi hafiz yang bukan sahaja menghafaz, tetapi turut menyampaikan al-Quran kepada masyarakat.

Sebagai penjelasan, Syahadah memiliki tiga peringkat utama dalam pengiktirafan hafazan al-Quran.

Menurut Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid, peringkat paling tinggi dikenali sebagai Syahadah Ula, yang turut disebut sebagai Syahadah Ulya.

Sebelum seseorang pelajar boleh mencapai tahap ini, mereka perlu terlebih dahulu melalui dua peringkat awal iaitu Syahadah Thalisah dan Syahadah Thaniah.

Syahadah Thalisah merupakan peringkat terendah dalam sistem Syahadah, yang memerlukan pelajar mengkhatamkan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh tiga hari, dengan 10 juzuk dibaca setiap hari.

Seterusnya, Syahadah Thaniah pula mewajibkan pelajar membaca 15 juzuk al-Quran dalam masa satu hari.

Kedua-dua peringkat ini menjadi asas penting sebelum seseorang layak untuk menghadapi ujian Syahadah Ula dan menerima pengiktirafan rasmi sebagai hafiz al-Quran.

Hanya selepas lulus salah satu daripada ketiga-tiga peringkat ini, seseorang pelajar akan dianugerahkan Syahadah Hafazan Al-Quran secara rasmi.

Madrasah tersebut menegaskan bahawa bukan mudah untuk melepasi ketiga-tiga peringkat ini kerana ia memerlukan latihan, ujian serta bimbingan berterusan daripada guru supaya hafazan benar-benar lekat dalam ingatan dan sanubari pelajar.

Sumber: Maahad Tahfiz Al Fateh, Madrasah Tahfiz Al-Quran Sidi Ibrahim Ar-Rashid

BACA: Tengku Norhanis Catat PNGK 4.00, Cipta Sejarah Calon CBK Terbaik Kelantan

BACA: Ungku Ismail Cipta Aplikasi Power Congak Demi Anak

The post Hadif Tamat Syahadah Ula, Pengiktirafan Tertinggi Hafazan Al-Quran appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center