“Posting” Terbaru Lee Zii Jia Cetus Tanda Tanya
“Posting” Terbaru Lee Zii Jia Cetus Tanda Tanya
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, sekali lagi menjadi tumpuan apabila memuat naik sebuah hantaran tanpa kapsyen di akaun Instagram peribadinya.
Tindakan itu segera mencetuskan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan peminat serta warga maya, yang tertanya-tanya tentang erti di sebalik perkongsian tersebut.
Apa yang lebih mengundang tanda tanya ialah kandungan hantaran itu yang memaparkan beberapa ilustrasi hitam putih.
Tanpa sebarang penjelasan atau kapsyen, imej-imej tersebut seolah-olah menyampaikan mesej tersirat yang hanya difahami oleh si empunya diri.
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil memberikan kata-kata semangat dan doa agar Zii Jia terus kuat dan tabah menghadapi apa jua dugaan yang sedang dilalui.
Ratusan coretan manis membanjiri ruangan tersebut, dengan peminat menzahirkan rasa kasih buat atlet kesayangan negara ini.
Diharapkan Zii Jia diberikan kekuatan dan ketenangan dalam meneruskan perjuangan, sama ada di dalam mahupun di luar gelanggang.
Rakyat Malaysia tidak pernah berhenti menyokong dan menyayangi wira badminton negara ini. Semua menantikan sinar semangat baharu daripadanya, kerana peminat percaya Zii Jia belum selesai.
BACA: Kronologi Kemalangan Maut Diogo Jota
Sumber: Lee Zii Jia
The post “Posting” Terbaru Lee Zii Jia Cetus Tanda Tanya appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime