2 mins read

Kanak-Kanak 6 Tahun Berkeliaran Di Wad Disiasat Akibatkan Kematian Bayi Pramatang


Kanak-Kanak 6 Tahun Berkeliaran Di Wad Disiasat Akibatkan Kematian Bayi Pramatang

PARIS — Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disiasat oleh pihak berkuasa Perancis selepas dipercayai menyebabkan kematian seorang bayi pramatang, lapor The Independent.

Kejadian berlaku di Hospital Kanak-Kanak Jeanne-de-Flandre di Lille, utara Perancis.

Bayi yang dikenali sebagai Zayneb-Cassandra yang dilahirkan pramatang pada usia kandungan tujuh setengah bulan oleh seorang wanita berusia 23 tahun telah ditempatkan di unit neonatal untuk pemantauan lanjut.

Difahamkan, bayi itu dilaporkan mengalami kecederaan otak serius selepas didakwa dijatuhkan ke lantai oleh kanak-kanak terbabit, yang dipercayai memperlakukannya seperti anak patung.

Menurut laporan media tempatan, insiden itu berlaku apabila kanak-kanak tersebut yang juga anak kepada seorang pesakit di wad bersalin dilihat berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar hospital termasuk di unit neonatal.

Sewaktu kejadian berlaku, ibu bayi tersebut sedang menandatangani dokumen untuk keluar hospital, sebelum anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di lantai, bersama kanak-kanak itu berada di atas kerusi berhampiran.

Menurut kenyataan keluarga, seorang wanita di bilik berhampiran mendakwa mendengar bunyi kuat dipercayai hentakan kepala bayi ke lantai.

Bayi itu kemudiannya dikejarkan ke unit rawatan rapi, namun disahkan meninggal dunia.

Difahamkan, sebelum kejadian, beberapa pesakit dan jururawat hospital telah mengadu mengenai tingkah laku kanak-kanak terbabit yang kerap menceroboh bilik pesakit lain dan berkeliaran di wad sejak awal pagi.

Susulan kejadian, satu siasatan jenayah telah dibuka oleh Unit Kanak-Kanak di Perkhidmatan Polis Kehakiman Lille dengan kerjasama pejabat pendakwa raya tempatan. Pihak hospital turut mengumumkan siasatan pentadbiran dalaman untuk meneliti kemungkinan kecuaian prosedur keselamatan

Dalam pada itu, jurucakap hospital dalam satu kenyataan berkata insiden itu turut meninggalkan kesan mendalam terhadap warga hospital.

“Tragedi ini memberi kesan mendalam kepada seluruh pasukan perubatan Hospital Kanak-Kanak Universiti Lille serta keluarga-keluarga yang terlibat,” katanya.

Sumber: The Independent

BACA: Dua Kanak-Kanak Lemas Dipercayai Jatuh Parit Di Shah Alam

BACA: JAS Keluarkan Laporan Status Kualiti Udara, Jerebu Dalam Negara 

The post Kanak-Kanak 6 Tahun Berkeliaran Di Wad Disiasat Akibatkan Kematian Bayi Pramatang appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center