1 min read

Gempa Rusia 8.8M: Gelombang Tsunami Tiba Di Papua, Indonesia


Gempa Rusia 8.8M: Gelombang Tsunami Tiba Di Papua, Indonesia

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia mengesan kehadiran gelombang tsunami di Pelabuhan Sarmi, Papua pada petang tadi.

“Tsunami dikesan menerusi alat pengukur tsunami di Pelabuhan Sarmi, ketinggian kira-kira 19 sentimeter,” kata Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami BMKG, Daryono.

Tambahnya, pengesanan yang dibuat menandakan bahawa gelombang tsunami sudah pun tiba di wilayah perairan Indonesia.

Gelombang yang dikesan itu merupakan impak daripada kejadian gempa bumi berkekuatan 8.8 magnitud hingga mencetuskan tsunami yang dilapor berlaku di wilayah Kamchatka di Rusia, hari ini.

BMKG dilapor telah mengeluarkan amaran bahawa gempa tersebut berpotensi menyebabkan kejadian tsunami berlaku di wilayah Indonesia dengan status Waspada.

Status itu menyatakan ketinggian gelombang tsunami yang berlaku mungkin kurang daripada 0.5 meter.

Badan tersebut turut menjangkakan kejadian tsunami itu akan berlaku pada waktu siang atau di sebelah petang Rabu.

Menurut CNN Indonesia, amaran yang diterbitkan itu melibatkan kawasan persisir pantai meliputi wilayah Papua, Papua Barat, Maluku Utara, Sulawesi Utara dan Garontalo.

Amaran berkenaan turut meminta penduduk di kawasan-kawasan tersebut menjauhi kawasan pantai sehinggalah amaran yang dikeluarkan ditarik semula.

Berdasarkan perkiraan awal BMKG, gelombang tsunami pertama yang tiba selalunya tidak yang terbesar, namun penduduk dinasihatkan berada di lokasi selamat pada radius kira-kira 1 kilometer daripada kawasan pantai.

BACA: Selepas Dilanda Gempa Kuat 8.8M, Giliran Gunung Berapi Di Rusia Pula Meletus

Sumber: CNN Indonesia

The post Gempa Rusia 8.8M: Gelombang Tsunami Tiba Di Papua, Indonesia appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center