Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat & PM – AGC
Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat & PM – AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan hari ini berkata tidak timbul sebarang isu kehilangan kelayakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.
Perkara itu dinyatakan susulan tindakan mahkamah yang difailkan oleh Waytha Moorthy bagi mencabar kelayakan Anwar sebagai Ahli Parlimen kawasan Tambun dan pelantikan sebagai Perdana Menteri.
“Asas kepada tindakan tersebut adalah pengampunan yang telah diberikan oleh Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Ke-15 tidak mengandungi sebarang pembatalan terhadap kehilangan kelayakan Datuk Seri Anwar di bawah Perkara 48(1) (e) Perlembagaan Persekutuan.
“Jabatan ini menghormati hak mana-mana individu untuk memfailkan tindakan di Mahkamah. Dalam hal ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim v Mohd Khairul Azam Abdul Aziz [2023] 2 MLJ 545 telah memutuskan bahawa YDPA mempunyai kuasa untuk mengampunkan terhadap sabitan dan hukuman.
“Perintah Pengampunan yang dititahkan oleh YDPA Ke-15 menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar telah diberikan pengampunan sepenuhnya dan dianggap sebagai seorang yang tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” kata kenyataan itu.
Jabatan itu juga berkata sebarang cabaran terhadap pemilihan seseorang ahli parlimen seharusnya melalui petisyen pilihan raya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan dan hendaklah difailkan dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah Seksyen 38 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Sumber: Jabatan Peguam Negara
BACA JUGA: ‘Saya Cabar Anwar Adakan Pilihan Raya’ – Tun Mahathir
The post Tak Timbul Isu Anwar Hilang Kelayakan Sebagai Ahli Dewan Rakyat & PM – AGC appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime