Chelsea Didakwa Langgar Peraturan Pembayaran Ejen
Chelsea Didakwa Langgar Peraturan Pembayaran Ejen
LONDON, (Bernama-Xinhua) — Persatuan Bola Sepak (FA) mendakwa Chelsea melakukan 74 kesalahan berkaitan pelanggaran peraturan pembayaran kepada ejen antara 2009 dan 2022, lapor Xinhua.
Kebanyakan kesalahan yang didakwa berlaku antara musim 2010-2011 dan 2015-2016, melibatkan urusan dengan ejen, orang tengah serta pelaburan pemain pihak ketiga.
Kelab itu diberi tempoh sehingga 19 Sept untuk mengemukakan jawapan.
Chelsea dimiliki oleh bilionair Rusia Roman Abramovich dari 2003 hingga 2022, sebelum dijual kepada konsortium yang diketuai pelabur Amerika Syarikat Todd Boehly dan firma ekuiti swasta Clearlake Capital.
Dalam satu kenyataan, Chelsea berkata: “Sepanjang proses penilaian wajar sebelum pembelian dimuktamadkan, kumpulan pemilik baharu menyedari kemungkinan terdapat laporan kewangan tidak lengkap berkaitan transaksi terdahulu dan potensi pelanggaran peraturan FA.”
“Sebaik sahaja pembelian selesai, kelab terus melaporkan perkara ini kepada semua pengawal selia berkaitan, termasuk FA.
Kami telah menunjukkan tahap ketelusan yang belum pernah berlaku dalam proses ini, termasuk memberikan akses penuh kepada fail dan data sejarah kelab,” menurut kenyataan itu lagi.
BACA: Majikan Beri Iphone 17 Kepada Semua Pekerja, Termasuk “Intern”
BACA: Lebih 13,500 Banduan Larikan Diri, Tentera Nepal Ambil Alih Kawalan Kathmandu
BACA: Macam Irama Kompang, Gelagat ‘Pak Long’ Jual Pisang Goreng Buat Ramai Ketawa
BACA: Pelajar Hafizah Raih 10A SPM & Tokoh Sahsiah Terpuji Beri Ucapan Dalam Bahasa Jepun
Sumber: Bernama
The post Chelsea Didakwa Langgar Peraturan Pembayaran Ejen appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime