Laluan Ke Pantai Timur ‘Meriah’, Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman
1 min read

Laluan Ke Pantai Timur ‘Meriah’, Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman



Laluan Ke Pantai Timur ‘Meriah’, Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Bersempena dengan cuti persokolahan, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Cuti yang bermula hari ini menyaksikan laluan utama ke Pantai Timur sesak susulan orang ramai mula bergerak pulang.

Menerusi beberapa klip tular yang dikongsikan oleh pengguna media sosial hari ini memaparkan lautan kereta mula berkampung di atas jalan raya khususnya di tol Gombak yang menjadi laluan utama ke negeri-negeri di Pantai Timur.

Seorang pengguna TikTok Kamarudin Ariffin memberitahu, dia terpaksa menempuh perjalanan selama 16 jam untuk ke kampung halamannya di Kota Bharu.

13.9.25 – Rawang 5 pagi sampai KB 10 malam = 16 jam pedih,” kongsinya.

@ttrulylily

kl – kb #kelantan #jem #balikkampung #fyp #tolgombak

♬ original sound – AMAD🌟 – AMAD🌟

@zamblack_gixxer

1st day cuti sekolah, Karak Highway jem yakmatt. Rancang perjalanan anda ✌🏻 #karakhighway #cutisekolah

♬ Lazy Sunday – Official Sound Studio

Rata-rata warga maya turut dilihat berkongsi pengalaman pulang ke kampung halaman di ruangan komen. Berikut antara komen;

“Keluar rumah pukul 4 pagi, sampai sekarang tak sampai KB lagi. Jammed teruk ya, Gombak, Genting Sempah, Lipis dan Merapoh,” komen seorang pengguna.

“Aku 2 kali patah balik. Pagi-pagi esok sebelum subuh la aku mulakan semula,” komen seorang lagi.

“Hari ini balik Terengganu 12 jam,” kongsi pengguna lain.

Semalam, keadaan trafik dilihat sesak namun masih dalam keadaan terkawal, berbanding situasi pada Sabtu yang merekodkan peningkatan kenderaan drastik.

Sumber: TikTok

BACA: Satu Dewan Bergema Sambut Graduan OKU Genggam Master 

BACA: 10 “Website” Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos 

BACA: Bahagia Berganda, Wanita Dapat Hadiah Kereta Dari Suami Ketika Konvo

The post Laluan Ke Pantai Timur ‘Meriah’, Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center