Pelajar Menang Tuntutan Mahkamah Selepas Alami Gangguan Mental Tonton Filem Seram Di Sekolah
1 min read

Pelajar Menang Tuntutan Mahkamah Selepas Alami Gangguan Mental Tonton Filem Seram Di Sekolah



Pelajar Menang Tuntutan Mahkamah Selepas Alami Gangguan Mental Tonton Filem Seram Di Sekolah

Seorang pelajar perempuan di China memenangi tuntuan mahkamah terhadap pihak sekolah selepas mengalami gangguan mental akibat menonton filem seram semasa sesi belajar kendiri, lapor South China Morning Post.

Kejadian itu berlaku di sebuah sekolah menengah di Hengzhou, Nanning, wilayah autonomi Guangxi Zhuang, apabila guru yang sepatutnya mengendalikan kelas mengambil cuti sementara.

Ketika ketiadaan guru, para pelajar sepakat untuk menonton filem seram dengan persetujuan guru penyelaras kelas.

Difahamkan, filem yang ditayangkan dipercayai mengandungi unsur ketakutan melampau sehingga menyebabkan pelajar terbabit mengalami tekanan emosi. Namun begitu, tajuk filem seram itu tidak didedahkan oleh media tempatan.

Susulan kejadian itu, doktor mengesahkan bahawa pelajar terbabit mengalami gangguan psikotik akut dan sementara, iaitu sejenis gangguan mental yang boleh berpunca daripada ketakutan melampau.

Ibu bapa pelajar tersebut mendakwa keadaan anak mereka berpunca daripada menonton filem seram berkenaan.

Pada masa sama, mereka berpendapat pihak sekolah telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya dalam memberikan pengawasan pendidikan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, pihak sekolah menegaskan bahawa gangguan emosi dialami pelajar itu berpunca daripada “keadaan fizikal khas” atau “penyakit tersembunyi”, sambil menyatakan bahawa insiden berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan pihak pentadbiran sekolah.

Mahkamah memutuskan bahawa pihak sekolah bertanggungjawab secara tidak langsung atas insiden tersebut dan mengarahkan syarikat insurans sekolah membayar pampasan sebanyak 9,182 yuan kepada keluarga pelajar terbabit.

BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag

Sumber: South China Morning Post

The post Pelajar Menang Tuntutan Mahkamah Selepas Alami Gangguan Mental Tonton Filem Seram Di Sekolah appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center