Tiga Lelaki Botakkan Kepala Demi Sahabat Pejuang Kanser, Buat Ramai Sebak
3 mins read

Tiga Lelaki Botakkan Kepala Demi Sahabat Pejuang Kanser, Buat Ramai Sebak



Tiga Lelaki Botakkan Kepala Demi Sahabat Pejuang Kanser, Buat Ramai Sebak

Betullah orang cakap, rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang berupa harta, ada yang berupa keluarga dan mungkin sahabat.

Untungnya bila dikurniakan sahabat yang setia di kala susah dan senang, kan?

Sahabat seperti inilah yang akan ketawa bersama kita saat hidup terasa indah, dan dalam diam tetap menggenggam tangan kita ketika dunia seakan runtuh.

Mereka tidak pergi ketika kita lemah, sebaliknya memilih untuk terus berdiri di sisi, walau apa pun yang mendatang.

“Dia tidak berjuang seorang diri.”

Baru-baru ini, sebuah video menyentuh hati tular di TikTok yang memaparkan momen luar biasa melibatkan empat orang sahabat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @amercarter_, kelihatan seorang lelaki sedang mendapatkan servis gunting rambut di sebuah kedai. Manakala, tiga orang sahabatnya berdiri di belakang sekadar menemani.

Namun, tanpa diduga, ketika rakan mereka sedang dipotong rambut, tiga sahabat yang berada di belakang membuat keputusan mengejutkan. Mereka turut membotakkan kepala masing-masing.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan sebagai tanda solidariti dan sokongan moral buat rakan mereka yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Ia sekali gus memberi isyarat jelas kepada rakannya itu bahawa dia tidak berdepan ujian itu seorang diri.

“Ketika lelaki ini berjuang melawan kanser, kami membotakkan kepala sebagai tanda sokongan kepadanya. Dia adalah antara orang paling rapat dalam hidup saya dan sangat bermakna buat kami semua.

“Selepas disahkan menghidap kanser, dia kini memulakan rawatan kemoterapi dan pemindahan sel. Dalam saat sukar ini, kami hanya mahu dia tahu satu perkara – dia tidak berjuang seorang diri.

“Sebab itu kami membotakkan kepala bersama-sama dengannya sebagai kejutan dan tanda kebersamaan. Kami sangat bangga dengan ketabahan dan kekuatannya. Apa pun yang bakal dihadapi, kami akan menghadapinya bersama.

“Terima kasih kepada sahabat-sahabat lain yang turut serta tanpa berfikir panjang, serta memberikan sokongan, kasih sayang dan semangat ketika dia paling memerlukannya.

“Kanser tidak akan menang,” tulis @amercarter_ di ruangan kapsyen.

@amercarter_

“No no no, don’t do this guys” As this man battles cancer, we are shaving our heads in solidarity to him. This man is one of the closest person in my life, in every way that matters. He was diagnosed, a cancer fighter, and as he begins his journey through chemotherapy and transplant, we wanted him to feel one thing: HE IS NOT FIGHTING ALONE So we surprised and shaved our hair with him. We are proud of him. No matter what lies ahead, we will face it with you. To my other brothers, thank you for being part of this without second thoughts and for giving your strength, love, and courage to this man when he needs it the most. Cancer doesn’t win. #cancerfighters #cáncerawareness #fightingtogether #cancersupport #fyp

♬ original sound – AmerCarter – AmerCarter

“Abang nangis empat orang jelah, jangan ajak saya…” – Netizen

Perkongsian itu pantas tular dalam kalangan warganet. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengaku sebak dan terharu melihat perkongsian itu.

“Rambut akan tumbuh semula, tapi persahabatan ini akan jadi lebih kuat.”

“Sebagai seseorang yang sedang melawan kanser juga, tetap semangat ya bang. Sedih tengok video ni, tapi saya gembira abang ada kawan dan keluarga yang menyokong. Saya pun akan terus kuat. Kita sama-sama lawan, ya bang.”

BACA: Lelaki Ni Kongsi Momen Seram Masa “Live” Di Malaysia, Curi Perhatian Ramai

Sumber: TikTok @amercarter_

The post Tiga Lelaki Botakkan Kepala Demi Sahabat Pejuang Kanser, Buat Ramai Sebak appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center