ACLE: Akui ‘Sakit’ Lepas Kalah, Slutsky Kagum Aksi Luar Biasa Arif Aiman
2 mins read

ACLE: Akui ‘Sakit’ Lepas Kalah, Slutsky Kagum Aksi Luar Biasa Arif Aiman



ACLE: Akui ‘Sakit’ Lepas Kalah, Slutsky Kagum Aksi Luar Biasa Arif Aiman

Jurulatih Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky, mengakui kehebatan Arif Aiman selepas pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempamerkan aksi luar biasa membantu kemenangan pasukannya dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

Menurut Slutsky, Arif yang juga Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia empat musim berturut-turut, menjadi ‘ancaman’ utama kepada pertahanan Shanghai apabila berjaya meledak dua bantuan gol yang disempurnakan oleh Jonathan Silva.

Ia sekali gus memaksa Shanghai berputih mata untuk melunaskan dendam kekalahan tahun lalu.

Meski tewas, Slutsky bagaimanapun mengakui persembahan Shanghai kali ini jauh lebih baik berbanding pertemuan mereka sebelumnya.

“Pemain nombor 42 (Arif Aiman) merupakan yang paling berkemahiran tinggi dalam kawalan bola di pentas ACLE, dia buat kelainan tahun lalu dan juga tahun ini. Dalam situasi satu lawan satu, dia gunakan kesempatan itu.

“Semestinya ia sangat menyakitkan, tetapi kami tidak boleh hanya bercakap mengenai kesilapan sahaja.

“Kali ini aksi sangat berbeza, ia perlawanan mudah buat JDT. Seperti saya maklumkan, JDT pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan.

“Saya rasa ini mungkin aksi paling sukar dalam kempen ini dengan beraksi di Malaysia,” katanya.

Arif Aiman pemain JDT dengan bantuan jaringan terbanyak sepanjang zaman

Arif Aiman kini muncul sebagai pemain Kelab Bolasepak JDT dengan bantuan jaringan terbanyak sepanjang zaman, lapor JOHOR Southern Tigers.

Arif Aiman
Gambar: JOHOR Southern Tigers/FB

Dua bantuan jaringannya kepada Jonathan Silva ketika membenam Shanghai Shenhua 3-1 menjadikan jumlah keseluruhannya 70, mengatasi rekod Safiq Rahim dengan 68.

Baru berusia 23 tahun, Arif Aiman juga adalah penjaring terbanyak tempatan untuk JDT dengan 62 jaringan.

BACA: Ronaldo Tak Setuju Messi Pemain Terhebat Sepanjang Zaman

Sumber: Astro Arena, JOHOR Southern Tigers/FB

The post ACLE: Akui ‘Sakit’ Lepas Kalah, Slutsky Kagum Aksi Luar Biasa Arif Aiman appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center