America De Cali Dilapor Bakal Lepaskan Rodrigo Holgado – Wartawan
2 mins read

America De Cali Dilapor Bakal Lepaskan Rodrigo Holgado – Wartawan



America De Cali Dilapor Bakal Lepaskan Rodrigo Holgado – Wartawan

América de Cali kini dilapor sedang memulakan proses untuk menamatkan kontrak Rodrigo Holgado selepas keputusan rasmi daripada Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Wartawan sukan Colombia, Pipe Sierra menerusi satu perkongsian di laman X, hari ini mendakwa langkah itu diambil berikutan keputusan Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini.

“America (de Cali) melalui peguamnya, kelab itu sedang dalam proses bagi penamatan kontrak Rodrigo Holgado, susulan keputusan daripada Jawatankuasa Rayuan FIFA

“The Football Association of Malaysia (FAM) sedang menyediakan kes itu untuk peringkat seterusnya, Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS),” katanya.

Sebelum ini, SK melaporkan Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan hukuman yang dikenakan oleh Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan atas kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen di bawah Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC).

Jawatankuasa Rayuan itu dalam kenyataan diterbitkan pada laman web rasmi FIFA mengesahkan bahawa ia telah menolak rayuan yang dibuat oleh FAM dan pemain – Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel.

Susulan itu, FAM diarahkan membayar denda CFH350,000 (kira-kira RM1.8 juta) manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (sekitar RM11,000).

Ketujuh-tujuh pemain berkenaan turut digantung selama 12 bulan daripada aktiviti berkaitan bola sepak.

Menurut FIFA, tindakan itu disahkan selepas mengkaji penyerahan dokumen dan mengadakan perbicaraan.

FAM dan para pemain terbabit mempunyai 10 hari untuk memohon penghakiman penuh dan 21 hari untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Bulan lepas, FAM dan tujuh pemain berkenaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA, selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.

FIFA dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan FAM telah mengemukakan dokumen palsu untuk mengesahkan kelayakan pemain bagi membolehkan mereka beraksi dalam perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun.

FAM dalam kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa pihaknya telah mengenal pasti kesalahan teknikal dalam proses penyerahan dokumen melibatkan tujuh pemain berkenaan yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

Pada 15 Okt lepas, Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pihaknya telah mengemukakan rayuan rasmi kepada FIFA berhubung isu itu.

BACA: EAIC Tubuh Pasukan Petugas Khas Siasat Isu FAM-FIFA

Sumber: PSierraR via X

The post America De Cali Dilapor Bakal Lepaskan Rodrigo Holgado – Wartawan appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center