Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia
1 min read

Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia



Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia

Azmi Deris, iaitu bapa kepada pelawak popular, Amir Raja Lawak, 36, dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di Facebook.

Assalamualaikum.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Dukacita dimaklumkan abah saya Azmi ( Abe Mie Usm ) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.

Apa-apa urusan saya akan bagitahu balik kat facebook ini ye.

Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman, beramal soleh, solehah, dan ahli syurga, aamiin.

Dalam pada itu, rakan artis, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando, turut berkongsi berita pemergian itu menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya. Dalam perkongsian ringkas tersebut, beliau menulis:

“Al-Fatihah buat Ayahanda Amir Raja Lawak (Abe Mie USM) yang telah menghembuskan nafas terakhir di HUSM Kubang Kerian.”

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa Allahyarham menghidap penyakit kanser usus, dan kesihatannya dilaporkan semakin merosot.

Pemergian Allahyarham pastinya memberi kesan mendalam kepada Amir dan seluruh ahli keluarga. Rata-rata peminat serta rakan-rakan artis turut menitipkan doa dan ucapan takziah di media sosial.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

BACA: Hukum Tukar Wajah Jadi Gambar Patung Guna AI – Mufti WP

Sumber: Amir Raja Lawak/FB

The post Bapa Amir Raja Lawak Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center