Cantik, Kota London Rai Ramadan Dengan Hiasan Lampu Di Jalanan Untuk Tahun Keempat
2 mins read

Cantik, Kota London Rai Ramadan Dengan Hiasan Lampu Di Jalanan Untuk Tahun Keempat



Cantik, Kota London Rai Ramadan Dengan Hiasan Lampu Di Jalanan Untuk Tahun Keempat

Sudah tentu Ramadan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi mereka yang bergelar umat Islam. Dalam bulan ini, umat Islam diberikan pelbagai nikmat serta keberkatan.

Berpuasa pada bulan Ramadan juga disebutkan dalam Rukun Islam ketiga. Sudah tentu, setiap umat Islam yang telah cukup syarat diwajibkan untuk berpuasa

Setiap negara menyambut Ramadan dengan pelbagai cara yang unik dan menarik. Tradisi dan amalan yang dijalankan mencerminkan budaya, sejarah dan kepercayaan masyarakat setempat.

Di sesetengah negara, suasana Ramadan dipenuhi dengan bazar makanan, hiasan lampu dan aktiviti kebajikan, manakala di tempat lain, ia lebih menekankan ibadah dan perhimpunan keluarga.

Kota London rai Ramadan dengan hiasan lampu di jalanan

Bulan Ramadan yang disambut oleh penganut beragama Islam turut diraikan dengan meriah di kota London dengan hiasan lampu di West End di Coventry Street, berhampiran Piccadilly Circus.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ibadah.london di TikTok, suasana sekitar menjadi lebih meriah apabila lampu bertulis ‘Happy Ramadan’ dinyalakan.

Ketika lampu tersebut dinyalakan pada waktu siang, ia dilihat memenuhi ruang di jalan tersebut, namun keadaan pada waktu malam lebih mengejutkan.

Suasana malap malam sebaliknya dipenuhi dengan lampu dan hiasan itu. Ternyata cahaya pancaran lampu-lampur tersebut sangat menaikkan ‘seri’ di sepanjang jalan berkenaan.

Bukan setakat perkataan sahaja, malah lampu itu juga hadir dalam bentuk anak bulan, bintang dan lain-lain yang biasanya begitu sinonim dengan agama Islam.

Kelihatan ramai yang berkumpul untuk melihat pameran lampu tersebut dan rata-rata mereka gembira dengan hiasan yang dibuat.

“30 hari lagi menuju Ramadan 2026,” kata @ibadah.london di ruangan kapsyen.

Akan dinyalakan setiap malam dari pukul 5 petang hingga 5 pagi

Menurut portal Timeout, walaupun tiada majlis rasmi untuk menyalakan lampu Ramadan, ia akan dinyalakan setiap malam dari pukul 5 petang hingga 5 pagi sepanjang tempoh Ramadan dan Aidilfitri, dari 18 Februari hingga 24 Mac 2026.

Apabila Ramadan berakhir pada 18 Mac, lampu-lampu tersebut akan bertukar daripada ucapan “Selamat Ramadan” kepada “Selamat Aidilfitri” sambil menyemarakkan semangat perayaan, menghiasi kota London dan memeriahkan suasana.

BACA: Tidak Sedar Pemilik Sudah Meninggal Dunia, Anjing Ini Setia Menunggu Di Luar Rumah
@ibadah.london

30 days until Ramadan 2026! #ramadan #ramadan2026 #muslimtiktok

♬ Ramadan Maher Zain Vocals Only – Imaad Rana

Sumber: @ibadah.london via TikTok

The post Cantik, Kota London Rai Ramadan Dengan Hiasan Lampu Di Jalanan Untuk Tahun Keempat appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center