Cara Bayar On-Street Parking TnG eWallet
Cara Bayar 0n-Street Parking TnG eWallet
Touch ‘n Go eWallet (TnG eWallet) merupakan salah satu aplikasi dompet digital paling popular di Malaysia.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pelbagai transaksi harian seperti membayar bil, membeli makanan dan minuman, mengisi minyak, memindahkan wang, malah membuat pelaburan dan pembelian insurans semuanya di hujung jari.
Namun, bila bercakap tentang aplikasi ini tidak lengkap bercerita mengenai pembayaran tol dan pengangkutan awam.
Tahukah anda, salah satu ciri pembayaran baharu parkir yang disukai ramai adalah on-Street Parking.
Ciri ini membolehkan pengguna membayar caj parkir terus melalui telefon bimbit ketika meletakkan kenderaan di tepi jalan termasuk lokasi yang dikawal selia oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Melalui aplikasi ini pengguna tidak perlu pergi ke mesin kupon atau mesin tiket sebaliknya membayar dalam TnG eWallet secara digital.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan cara mudah untuk menggunakan ciri di bawah.
Cara Guna Bayar Parkir Tanpa Kad TnG eWallet
Untuk bayar parkir tanpa kad (cardless) menggunakan Touch ‘n Go eWallet, anda perlu menggunakan ciri “Parking” dalam aplikasi tersebut. Ikuti langkah-langkah berikut;
1. Buka aplikasi Touch ‘n Go eWallet dan tekan ikon “Parking”
2. Pilih lokasi parkir anda
3. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan anda
4. Tetapkan tempoh masa parkir dan tekan “Pay For Parking Now”
5. Terima kebenaran Auto-debit dan masukkan OTP (untuk pengguna baru)
6. Anda akan menerima pengesahan pembayaran
Walau bagaimanapun, anda perlu memastikan lokasi parkir menyokong pembayaran tanpa kad dan mempunyai ciri imbasan QR. Jika ya, anda hanya perlu imbas kod QR di pintu masuk dan keluar untuk memulakan dan menamatkan parkir.
Untuk kemudahan, anda juga boleh sinergi kad fizikal Touch ‘n Go anda dengan eWallet untuk menggunakan ciri PayDirect, yang membolehkan anda menambah nilai eWallet secara automatik.
Untuk lebih penjelasan, tonton video di bawah.
Sumber: TouchnGo
BACA: Rupanya Ini Maksud Warna Dan Fungsi Papan Pemotong
The post Cara Bayar On-Street Parking TnG eWallet appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime