Cara Sahkan MyKad Dalam Setel Untuk Guna BUDI95
Cara Sahkan MyKad Dalam Setel Untuk Guna BUDI95
Ketika ini, ramai yang menanti untuk menggunakan inisiatif BUDI95 yang ditetapkan pada harga RM1.99 seliter, khas buat warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah.
Bermula 25 September ini, anda sudah mula boleh menyemak kelayakan menerusi www.budimadani.gov.my, pusat khidmat pelanggan BUDI MADANI RON95 dan Setel dan CaltexGO. Tetapi, perlu diingatkan, apabila menggunakan Setel dan CaltexGO, anda perlu mengaktifkan eKYC dahulu untuk mengesahkan identiti.
Susulan itu juga, Setel baru-baru ini telah berkongsi cara untuk pengguna mengesahkan MyKad di aplikasi itu bagi memudahkan proses penggunaan BUDI95.
BACA JUGA: Semakan BUDI95 Dibuka Khamis Ini
Mudah sahaja, anda terlebih dahulu perlu pergi ke bahagian Akaun dan tekan Sahkan Akaun Anda.


Selepas itu, anda perlu mengambil gambar kad pengenalan dan berswafoto untuk mengesahkan identiti.


Setelah selesai, anda wajib melengkapkan beberapa lagi butiran penting dan selepas permohonan disemak, anda terus boleh menggunakannya. Bila adanya aplikasi Setel, ia lebih mudah dan cepat kerana anda tidak perlu beratur di kaunter.
Tonton video di bawah ini untuk lebih mudah faham:
Untuk menggunakan BUDI95 menerusi Setel di stesen minyak nanti, anda perlu pergi ke bahagian Beli Petrol, pilih nombor pam dan jumlah harga minyak. Selepas itu, tekan pada Guna Budi95 di bahagian bawah dan anda boleh mengisi minyak apabila pam sudah diaktifkan.
Sumber: Setel
The post Cara Sahkan MyKad Dalam Setel Untuk Guna BUDI95 appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime