Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini
1 min read

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini



Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 9 malam ini. 

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak dijangka hujan.

“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Lipis, Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Manakala di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Sementara itu, di Johor termasuk daerah Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Diraikan Bak Raja Sehari, “Pak Guard” Sekolah Terima Hadiah Bernilai Lebih RM2,000

BACA: Hadiah Paling ‘Mahal’, Rakan-rakan Buat Kejutan Siap Ada Ucapan Istimewa Untuk Pengantin

The post Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Malam Ini appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center