Enam Pelajar Kes Buli Di Pasir Mas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
1 min read

Enam Pelajar Kes Buli Di Pasir Mas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis



Enam Pelajar Kes Buli Di Pasir Mas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

KOTA BHARU, 25 Ogos (Bernama) — Enam pelajar lelaki tingkatan empat yang direman berhubung kes buli seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Pasir Mas minggu lepas, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed berkata pembebasan itu dibuat selepas tempoh reman mereka berakhir sementara menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.

“Tempoh reman keenam-enam suspek tamat hari ini dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 507B Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan buli.

Sebelum ini, enam pelajar terbabit ditahan pada Selasa lepas bagi membantu siasatan selepas mangsa dilaporkan dipukul, seluar dilondehkan dan nyaris dijerut dengan dawai sehingga mengalami kecederaan.

BACA: Pemandu Jengkaut Maut Tertimbus Tanah Di Simpang Pulai

Sumber: BERNAMA

The post Enam Pelajar Kes Buli Di Pasir Mas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center