Faisal Halim & Isteri Bercerai Talak Dua
Faisal Halim & Isteri Bercerai Talak Dua
Bintang bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan isterinya, Nur Syazwani Mizuana dilaporkan telah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Jumaat.
Memetik laporan Astro Gempak, perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakili Faisal, Datuk Akberdin Abdul Kader kepada wartawan selepas prosiding perceraian.
“Mahkamah sahkan mereka jatuh talak dua selepas berlaku dua kali perceraian. Talak pertama berlaku pada 11 Jun lalu, namun pada hari sama mereka rujuk dan perkara itu telah disahkan mahkamah.
“Kemudian berlaku lafaz talak yang kedua pada 10 November baru-baru ini, itu juga mahkamah sudah sahkan dan ketika ini Syazwani sedang menjalani tempoh idah sehingga 10 Januari depan,” katanya.
Tambah Akberdin lagi, urusan tuntutan hak jagaan anak dan harta sepencarian sedang dibincangkan olehnya dan peguam yang mewakili Syazwani.
BACA JUGA: Kemunculan Faisal Halim Dapat Perhatian Media Indonesia, Doakan Lekas Sembuh
“Isu-isu lain selepas bercerai akan dibincangkan kemudian dan dibawa ke Mahkamah Tinggi untuk direkodkan.
“Setakat ini, saya sudah menyerahkan cadangan penyelesaian dalam bentuk tulisan berkenaan hak jagaan anak dan harta sepencarian kepada peguam Syazwani.
“Saya dimaklumkan peguamnya akan meniliti terlebih dahulu sebelum masing-masing mencapai kata sepakat. Saya difahamkan mereka menyambut baik cadangan yang kami berikan,” katanya lagi.
Terdahulu, Syazwani dilaporkan telah memfailkan perceraian terhadap Faisal pada 2 September di mahkamah sama selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Pun begitu, hubungan mereka dilihat kembali pulih pada 12 September selepas Faisal memuat naik foto mereka bersama.
Namun, Syazwani sekali lagi memberi bayangan pada 10 November bahawa rumah tangga mereka sedang bergolak.
Imbas kembali, Faisal dan Syazwani bernikah pada 9 Mac 2019. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Sumber: Astro Gempak
The post Faisal Halim & Isteri Bercerai Talak Dua appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime