2 mins read

Fenomena Rare, Awan Bergulung Bak Tsunami Kejutkan Pengunjung Pantai


Fenomena Rare, Awan Bergulung Bak Tsunami Kejutkan Pengunjung Pantai

Cuaca panas ekstrem di Portugal bertukar menjadi satu momen luar biasa hujung minggu lalu apabila fenomena “rare” dikenali sebagai awan bergulung (roll cloud), muncul di langit pantai Praia de Buarcos, sekali gus mencetuskan panik dalam kalangan pengunjung pantai.

Awan berbentuk tiub yang menggulung perlahan seperti ombak itu kelihatan seolah-olah tsunami sedang menghampiri, menyebabkan ramai pengunjung keliru dan terkejut.

@bbcnews

The “roll cloud” formed due to cool air coming into contact with warmer temperatures, according to experts. #RollCloud #CloudFormation #Clouds #CloudSpotting #Portugal #Ovar #FigueiraDaFoz #BBCNews

♬ original sound – BBC News – BBC News

Fenomena ini berlaku ketika Portugal dilanda gelombang haba dengan suhu mencecah 46.6°C, antara yang tertinggi pernah dicatatkan di negara itu.

Menurut pakar cuaca BBC, Sarah Keith-Lucas, fenomena tersebut adalah contoh spektakular roll cloud, sejenis arcus cloud yang lazim terbentuk berhampiran ribut petir kuat.

“Ia terjadi apabila udara laut yang sejuk dan lembap bertembung dengan udara darat yang panas dan kering.

“Wap air yang terkumpul dengan cepat ini, ditambah pula dengan angin yang bergerak dalam arah berbeza di atas dan bawah awan, menyebabkan awan itu terbentuk seperti gulungan cerut,” jelas Keith-Lucas.

Walaupun mencemaskan sesetengah pihak, pakar iklim Portugal, Mário Marques menjelaskan bahawa roll cloud adalah fenomena semula jadi yang tidak berbahaya.

“Fenomena ini sangat jarang berlaku di Portugal, tapi biasa di tempat seperti Australia, di mana udara sejuk dari Tasmania bertemu udara panas di daratan.

“Prosesnya cepat dan membentuk awan berbentuk tiub. Bagi mereka yang tidak pernah melihatnya, ia mungkin menimbulkan ketakutan, tetapi sebenarnya ia hanyalah awan yang indah,” katanya.

Apa itu roll cloud?

Roll cloud ialah salah satu bentuk arcus cloud, sejenis awan rendah dan memanjang yang biasanya muncul bersama ribut petir.

Berbeza dengan shelf cloud yang melekat pada awan ribut, roll cloud terpisah dan bergolek secara mendatar seperti tiub.

Bagaimana ia terbentuk?

Menurut Met Office, roll cloud terbentuk apabila udara sejuk dari ribut cumulonimbus menolak udara panas yang lembap ke atas. Ketika udara itu naik, wap air akan memeluwap lalu membentuk awan.

Sekiranya angin bergerak dalam arah berbeza di bahagian atas dan bawah awan, awan itu akan kelihatan bergolek, lantas terbentuklah roll cloud.

Untuk info, fenomena roll cloud bukan kali pertama berlaku. Ia pernah dirakam di pesisir New Orleans pada 2018, Tennessee dan Ireland pada 2019, dan juga di Melbourne, Australia pada 2021.

BACA: Hampir 400 Mayat Ditemui Bertimbun Di Bangunan Mengerikan

Sumber: BBC, Daily Mail UK

The post Fenomena Rare, Awan Bergulung Bak Tsunami Kejutkan Pengunjung Pantai appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center