Hilang Selepas Pergi Kebun, Warga Emas Ditemui Maut Ditelan Ular Sawa
Hilang Selepas Pergi Kebun, Warga Emas Ditemui Maut Ditelan Ular Sawa
Indonesia — Seorang warga emas berusia 63 tahun meninggal dunia selepas ditelan ular sawa sepanjang lapan meter dalam kejadian di Kampung Majapahit, Buton Selatan di Sulawesi Tenggara pada Sabtu.
Menurut laporan Kompas, penduduk menemui mangsa yang masih berada di dalam perut ular sawa terbabit kira-kira 500 meter dari penempatan di Jalan Usaha Tani.
Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik BPBD Buton Selatan, La Ode Risawal berkata mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selepas pergi ke kebunnya.
“Kami menerima laporan daripada orang ramai bahawa seorang penduduk hilang sejak pagi semalam, mangsa dikatakan keluar menuju ke kawasan kebun tetapi tidak pulang semula ke rumah,” katanya.
Difahamkan, mangsa pergi ke kebunnya dengan menaiki motosikal pada pagi Jumaat.
Pun begitu, keluarga mula bimbang apabila mangsa masih lagi belum pulang sehingga petang Sabtu. Justeru, mereka dan penduduk yang lain telah melakukan operasi mencari mangsa.
BACA: Tak Sempat Beli Ubat Untuk Anak, Wanita Maut Ditelan Ular Sawa
Ketika itu juga, La Ode berkata pihaknya sedang menyelaraskan langkah dengan Pos SAR Baubau untuk mencari mangsa.
“Semasa kami sedang merancang untuk melakukan pencarian, tiba-tiba datang maklumat bahawa mangsa telah ditemui oleh penduduk Kampung Majapahit,” katanya.
Penduduk terbabit dikatakan menemui seekor ular sawa di kawasan kebun dalam keadaan perut yang membesar. Curiga dengan apa yang dilihat mereka, ular sawa tersebut ditangkap.
Sekitar sembilan orang dewasa berkumpul untuk mengangkat ular terbabit dan membawanya ke Jalan Usaha Tani berhampiran kawasan perumahan.
Penduduk juga memegang perut ular sawa tersebut dan mengesyaki terdapat tubuh manusia di dalamnya. Menerusi satu video yang tular, seorang ahli keluarga mangsa dilihat menangis di sebelah ular tersebut.
Tidak lama kemudian, perut ular itu dibelah dan mangsa didapati berada di dalamnya dalam keadaan terbaring kaku.
Mangsa kemudian dibawa ke rumah pengebumian dan telah dikebumikan dengan sempurna.
Untuk pengetahuan, terdapat empat ekor ular sawa berukuran sekitar lapan meter direkodkan muncul di kawasan Buton Selatan.
Susulan itu, penduduk telah dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan tidak bersendirian ketika menjalankan aktiviti di kebun masing-masing.
Sumber: Kompas.com
The post Hilang Selepas Pergi Kebun, Warga Emas Ditemui Maut Ditelan Ular Sawa appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime