Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini
1 min read

Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini



Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Perak, Kelantan, Sarawak dan Sabah. Sementara itu, seluruh kawasan di negeri Pahang diramal hujan.

“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Perak, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.  Manakala di Kelantan pula seperti Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Mukah (Matu).

“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Kenyataan Rasmi America de Cali Berhubung Hukuman FIFA Kepada Rodrigo Holgado

BACA: Kenyataan Rasmi FAM Berhubung Keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA

BACA: Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik, Pembersihan Amalan Ketirisan – PM Anwar

The post Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center