Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Hingga 3 Pagi Ini
Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Hingga 3 Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri dan satu Wilayah hingga jam 3 pagi ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook, amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Wilayah Persekutuan Labuan.
Hujan lebat diramal berlaku melibatkan daerah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama di Perak.
Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Kuching (Lundu), Betong (Pusa, Betong dan Kabong), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri (Beluru dan Telang Usan).
METMalaysia menjangkakan cuaca buruk melanda sekitar daerah di Sabah seperti Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau).
METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Di Sebalik Kepimpinan Tegas, Gelagat PM Anwar Bergurau & Mengusik Orang Ramai Jadi Sorotan
Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook
The post Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Hingga 3 Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime