Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Hingga Tengah Hari
Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Hingga Tengah Hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan tiga negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga 12 tengah hari ini.
Ramalan yang dimuat naik menerusi laman Facebook itu melibatkan kebanyakan kawasan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“Keadaan di Selangor menunjukkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir di daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Begitu juga dengan beberapa daerah di Negeri Sembilan. MetMalaysia menyenaraikan daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin bakal menerima hujan lebat,” maklum MetMalaysia.
Sementara itu, hujan lebat, angin kencang dan ribut petir dijangka landa daerah Sandakan (Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas jabatan tersebut.
Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran banjir melibatkan lima jajahan di Kelantan bermula hari ini sehingga 19 Disember. Amaran ini dikeluarkan susulan jangkaan hujan berterusan tahap buruk yang dijangka mengakibatkan paras sungai meningkat melebihi paras bahaya, lapor Bernama.
Menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), antara jajahan yang dijangka terjejas termasuk Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.
Jelasnya lanjut, kawasan rendah dalam lingkungan lima kilometer di sekitar Lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Golok berisiko terlibat banjir.
Dalam pada itu, banjir yang dijangka berkemungkinan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihat agar mengamalkan langkah berjaga-jaga dan tidak berada di lokasi berisiko serta patuh arahan pihak berkuasa.
BACA: Beratus-Ratus Penerbangan Dibatalkan Akibat Jerebu Tebal Di India
BACA: Tular Penemuan Rumpai Invasif, DOA Seru Orang Ramai Buat Laporan
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Bernama
The post Hujan Lebat Diramal Landa Tiga Negeri, Satu Wilayah Persekutuan Hingga Tengah Hari appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime