Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SARA
Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kembali menjadi bualan ramai apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian bantuan itu untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
SARA telah diperkenalkan pada tahun 2024, khas untuk golongan miskin dan miskin tegar, termasuk yang tersenarai dalam rekod eKasih. Insentif itu seterusnya diperluaskan pada awal tahun 2025 kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Bagaimanapun, pasti masih ada lagi sesetengah yang belum tahu apa sebenarnya SARA ini. Justeru, Kementerian Kewangan baru-baru ini telah berkongsi mengenai SARA di laman media sosial mereka.
Menurut kementerian itu, SARA ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk membeli barangan keperluan asas di kedai-kedai terpilih seluruh negara.
Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara. Antara kedai tersebut ialah di Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak lagi. Menariknya, anda juga boleh membeli barangan SARA di kedai runcit yang terpilih.
Selain itu, ada 14 kategori barangan yang boleh dibeli iaitu meliputi 90,000 barangan. Contoh barangan tersebut adalah beras, telur, roti, minyak masak, lampin pakai buang, panadol, alat tulis dan sabun mandi.
Langkah pembelian
Anda terlebih dahulu perlu membeli barangan berdasarkan 14 kategori yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga. Selepas itu, tunjukkan MyKad anda di kaunter pembayaran untuk tujuan pengesahan. Juruwang akan menyemak status MyKad anda.
Setelah itu, anda perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baharu. Apabila selesai, juruwang akan mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
Langkah seterusnya, anda perlu memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. Resit yang diterima boleh disimpan untuk menyemak transaksi pembelian.
Jangan risau, jika masih ada baki di dalam kad terbabit, ia masih boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025. Baki setiap bulan akan dibawa ke bulan seterusnya.
Selain itu, perlu diingatkan, SARA RM100 ‘one-off’ ini diberikan kepada individu. Jika dalam keluarga ada empat orang dewasa, satu rumah boleh dapat RM400.
Untuk lebih mudah menyemak baki, senarai barangan dan lokasi kedai berdekatan, anda boleh melakukannya menerusi aplkasi MyKasih atau layari laman web MyKasih.
Sumber: Kementerian Kewangan
BACA JUGA: SARA RM100: PM Anwar Bidas Pembangkang, Pertahan Inisiatif Kerajaan
The post Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai SARA appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime