Insulin Resistance: Apa, Punca, Risiko & Langkah Mencegah
Insulin Resistance: Apa, Punca, Risiko & Langkah Mencegah
Seiring peredaran masa, gaya hidup dan pemakanan manusia turut berubah selari mengikut arus zaman.
Mungkin dahulu manusia bergantung sepenuhnya kepada kudrat untuk melakukan pekerjaan tetapi, kini semua benda boleh dilakukan di hujung jari. Begitu juga lambakan makanan, seperti menu-menu viral di media sosial.
Meskipun dunia semakin berkembang pesat, namun tahap kesihatan manusia juga semakin membimbangkan, tidak seperti dahulu, rata-rata masyarakat biasanya menghidap penyakit pada usia yang lanjut.
Namun kini, golongan juga terdedah kepadanya disebabkan perubahan gaya hidup kini terutamanya secara diam.
Salah satunya adalah Rintangan insulin atau insulin resistance. Tentu ramai yang pernah dengar perkara ini kan? Tapi ramai juga yang masih belum tahu kesan buruk insulin resistance ini.
Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan mengenai insulin resistance menurut laman National Institude of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases di bawah.
Apa Itu Insulin Resistance
Rintangan insulin atau insulin resistance berlaku apabila sel-sel dalam otot, lemak dan hati tidak memberikan tindak balas yang baik terhadap hormon insulin.
Insulin ialah hormon penting yang dihasilkan oleh pankreas dan berfungsi untuk membantu glukosa (gula) masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai tenaga.
Apabila sel menjadi “kebal” terhadap insulin, paras glukosa dalam darah akan meningkat.
Lama-kelamaan, pankreas tidak lagi mampu menghasilkan insulin mencukupi bagi mengawal kadar glukosa darah, lalu menyebabkan pradiabetes dan seterusnya diabetes jenis 2.
Faktor, Risiko Rintangan Insulin
Beberapa faktor telah dikenalpasti meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami rintangan insulin, antaranya:
1. Berat badan berlebihan atau obesiti, terutamanya dengan ukuran pinggang yang besar.
2. Usia 35 tahun ke atas, walaupun kanak-kanak dan remaja turut berisiko.
3. Sejarah keluarga yang menghidap diabetes.
4. Keturunan
5. Gaya hidup tidak aktif, kurang bersenam atau bergerak.
6. Tabiat merokok, termasuk penggunaan rokok elektronik dan pendedahan kepada asap rokok.
7. Pernah mengalami diabetes semasa hamil (diabetes gestasi) atau melahirkan bayi dengan berat melebihi 4 kg.
8. Keadaan kesihatan lain seperti sindrom ovari polisistik (PCOS), sindrom Cushing, apnea tidur, dan jangkitan virus seperti COVID-19.
9. Pengambilan ubat tertentu dalam jangka panjang seperti glukokortikoid, ubat antipsikotik, dan ubat HIV
Faktor-faktor seperti usia dan keturunan tidak dapat diubah, namun perubahan gaya hidup boleh membantu mengurangkan risiko secara signifikan
Simptom Rintangan Insulin
Kebanyakan individu yang mengalami rintangan insulin tidak menunjukkan sebarang simptom yang jelas. Namun, sebilangan kecil mungkin mengalami tanda-tanda yang menyerupai diabetes seperti:
1. Keletihan luar biasa
2. Rasa lapar yang berterusan
3. Kawasan kulit menjadi gelap, terutamanya di sekitar leher atau ketiak (acanthosis nigricans)
4. Berat badan naik, terutamanya di bahagian perut
Oleh kerana simptomnya tidak ketara, ramai individu hanya mengetahui keadaan mereka apabila disahkan pradiabetes melalui ujian darah.
Cara Mencegah dan Mengawal Rintangan Insulin
Rintangan insulin boleh dicegah dengan menumpukan kepada amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan yang sihat, aktif melakukan aktiviti fizikal, pengurusan berat badan, tidur yang cukup berhenti merokok dan mengambil ubat.
Sumber: National Institude of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases
The post Insulin Resistance: Apa, Punca, Risiko & Langkah Mencegah appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime