2 mins read

Jordan Layak Ke Piala Dunia Buat Kali Pertama


Uzbekistan, Jordan Layak Ke Piala Dunia Buat Kali Pertama

Uzbekistan dan Jordan mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 buat kali pertama, manakala Korea Selatan turut mengesahkan kemaraan ke kejohanan berprestij itu buat kali ke-11 berturut-turut, lapor AFP.

Uzbekistan mengesahkan tempat selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi di Abu Dhabi, sekali gus meraih kedudukan kedua dalam Kumpulan A.

Iran layak terdahulu kekal di tangga teratas meskipun tewas 0-1 kepada Qatar.

Sementara itu, dalam Kumpulan B, Korea Selatan menewaskan Iraq 2-0 di Basra hasil jaringan separuh masa kedua oleh Kim Jin-gyu dan Oh Hyeon-gyu. Ia sekali gus mengekalkan rekod negara itu mara ke Piala Dunia tanpa gagal sejak 1986.

Kemenangan itu membolehkan Korea Selatan menamatkan saingan di tangga teratas kumpulan, mengatasi Jordan (tangga ke-2) yang sebelum itu menewaskan Oman 3-0.

Keputusan itu cukup untuk memastikan Jordan layak secara automatik ke Piala Dunia edisi kali ini yang akan berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Kejayaan Jordan turut diraikan Raja Abdullah II yang mengucapkan tahniah kepada pasukan negara itu menerusi laman X (Twitter).

“Kelayakan bersejarah ini sememangnya wajar diterima oleh pasukan kita yang penuh dengan bintang dan barisan kejurulatihan yang membanggakan. Terima kasih buat penyokong setia atas sokongan dan dorongan mereka,” titahnya. 

BACA: Tidak Rasmi: Dua Beregu Lelaki Negara Pegang Ranking Nombor 1 & 2 Dunia

Dalam saingan kumpulan yang sama, Iraq kini menduduki di tempat ketiga, manakala Oman dan Palestin masih berpeluang mara ke pusingan keempat kelayakan

Dalam Kumpulan C, perebutan tempat kedua automatik masih terbuka selepas Arab Saudi menewaskan Bahrain 2-0 hasil jaringan Musab Al Juwayr dan Abdulrahman Al Obud di Riffa.

Australia pula kekal di puncak kumpulan selepas meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas Jepun di Perth menerusi jaringan minit akhir oleh pertahanan Aziz Behich.

Turut mencuri tumpuan, Indonesia yang dibimbing oleh Patrick Kluivert masih berpeluang layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak kemerdekaan negara itu pada 1945, selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas China.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Ole Romeny menerusi sepakan penalti kontroversi yang disahkan VAR.

Indonesia kini di tangga keempat kumpulan, satu mata di belakang Arab Saudi, manakala kekalahan itu menamatkan impian China untuk layak ke Piala Dunia buat kali kedua.

Sumber: AFP via Barrons

The post Jordan Layak Ke Piala Dunia Buat Kali Pertama appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center