Lelaki Indonesia ‘Hairan’ Kenapa Malaysia Tetap Bersih Walau Tong Sampah Tak Banyak
Lelaki Indonesia ‘Hairan’ Kenapa Malaysia Tetap Bersih Walau Tong Sampah Tak Banyak
Jika kita merantau ke mana-mana negara sekalipun, antara perkara yang akan diteliti terlebih dahulu adalah tahap kebersihan di sana. Begitu juga apabila pelancong-pelancong datang ke Malaysia, kebersihan menjadi faktor penting yang membuatkan mereka suka dengan negara ini.
Disebabkan itu, kita perlu sentiasa menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata walau di mana sekalipun. Apatah lagi kita sebagai umat Islam menganggap bahawa kebersihan juga merupakan sebahagian daripada iman.
“Aneh…”
Baru-baru ini, seorang pelancong dari Indonesia, Ghandynovember, mencuri tumpuan apabila memuji Malaysia yang sangat bersih.
Dia hairan kerana tidak banyak tong sampah yang dilihat di sekelilingnya tetapi kawasan tersebut tetap bersih.
BACA JUGA: Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia, Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar
“Di Malaysia susah cari tong sampah, tapi kenapa tetap bersih? Tong sampah tak banyak. Kita juga bertanggungjawab terhadap sampah masing-masing.
“Macam tu la, ada atau tak ada tong sampah kalau pemikiran bagus, bandarnya tetap bersih,” katanya.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, lelaki itu berkata sedemikian sebagai memberi respon kepada komen dari netizen Indonesia yang tertanya mengapa rakyat Malaysia sangat tertib.
“Kenapa rakyatnya boleh tertib? Kenapa rakyatnya boleh jaga kebersihan? Kenapa besi-besi yang ada di taman tak hilang? Salut kepada warganya,” kata komen itu.
Hal ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tetap menjaga kebersihan dengan membawa sampah sendiri jika tiada tong sampah disediakan. Ia membuatkan sesuatu kawasan itu kekal bersih dan terjaga.
@ghandynovember Membalas @palalugada Di Malaysia susah cari tong sampah, tapi kok tetap bersih? Yok bisa yok kita juga tanggung jawab sama sampah masing-masing.
♬ suara asli – Ghandynovember – Ghandynovember
Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat Malaysia yang memberikan pelbagai respon terhadap video itu. Tidak kurang juga ada rakyat Indonesia yang berkongsi pengalaman selama di sini.
“Kami kalau tak jumpa tong sampah, kami bawak pulang sampahnya”
“Ye kami tidak membuang sampah merata-rata, kalau di tempat itu takde tong sampah, sampahnya kami bawak balik”
“Ntah la. Rasa berdosa sangat buang sampah merata. Rasa kesian pada petugas cuci nanti. So memang akan simpan sampah sampai jumpa tong sampah”
“Kulit gula-gula pun kami bawak balik kalau tak jumpa tong sampah”
“Kami diajar dari sekolah rendah tak boleh buang sampah merata, senang lihat konten baik-baik”
“Betul Ghandy. Saya baru pulang menonton Selangor vs Persib di Selangor. Tandas stadiumnya luar biasa bersih. Sampah di sekitar stadium tiada. Penjual dekat kaki lima pun tiada, yang ada tempat food court yang dijaga dengan sangat bersih”
“Sampai di Indo tetap cari tong sampah kerana sudah biasa dulu di Malaysia”
Sumber: Ghandynovember
The post Lelaki Indonesia ‘Hairan’ Kenapa Malaysia Tetap Bersih Walau Tong Sampah Tak Banyak appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime