Mercedes‑Benz Malaysia Adakan Pratonton Mercedes‑Benz CLA Elektrik Serba Baharu
Mercedes‑Benz Malaysia Adakan Pratonton Mercedes‑Benz CLA Elektrik Serba Baharu
Mercedes-Benz Malaysia memberikan pelanggan pratonton eksklusif Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu di Stars@Mercedes-Benz Bangsar dari 15 hingga 18 Januari 2026.
Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu merupakan model Mercedes-Benz paling pintar setakat ini, dilengkapi dengan Mercedes-Benz Operating System (MB.OS), MBUX Virtual Assistant yang dipertingkatkan dengan AI, serta jarak pemanduan mengagumkan sehingga 792 km mengikut piawaian WLTP.
Model ini menggabungkan inovasi digital terkini dengan rekaan yang elegan dan beremosi, sekali gus menetapkan penanda aras tersendiri dalam kelasnya.
Mercedes-Benz Malaysia turut meneruskan penghargaan terhadap kesetiaan jangka panjang pelanggan melalui inisiatif akan datang seperti 100,000 km Club, yang menawarkan keistimewaan dan pengalaman eksklusif kepada pelanggan setia.
Kuala Lumpur. Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu menerusi pratonton eksklusif. Model ikonik ini akan dipamerkan dari 15 hingga 18 Januari 2026 di Stars@Mercedes-Benz Bangsar yang baru dilancarkan, memberikan peluang kepada pelanggan untuk melihat lebih awal hala tuju baharu jenama ini dalam aspek prestasi, rekaan dan teknologi.
“Malaysia kekal sebagai pasaran utama bagi Mercedes-Benz, disokong oleh asas pelanggan yang kukuh dan setia serta peranan strategik dalam rantau Asia-Pasifik. Sempena ulang tahun ke-140 penciptaan automobil, kami terus membina legasi jenama sambil membentuk masa hadapan dengan lebih banyak pelancaran produk tahun ini. Daripada model elektrik baharu hinggalah kemas kini portfolio kenderaan mewah dan berprestasi tinggi, CLA serba baharu ini mencerminkan dengan jelas arah tuju Mercedes-Benz menggabungkan inovasi, rekaan dan kebolehgunaan harian.”

Jens Kunath, Naib Presiden Jualan & Perkhidmatan Kewangan, Mercedes-Benz Cars, MBAG
“Pratonton Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu hari ini menandakan salah satu detik paling bermakna buat Mercedes-Benz Malaysia. Ia merupakan kenderaan paling pintar kami dan yang pertama daripada generasi baharu yang direka berdasarkan jangkaan pelanggan terhadap prestasi, teknologi dan rekaan. Kami berbesar hati dapat mempercepatkan kehadirannya supaya pelanggan dapat merasai keistimewaan kenderaan ini secara dekat, serta berkongsi detik ini ketika menyambut permulaan baharu menjelang Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina.”
Amanda Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif & Presiden, Mercedes-Benz Malaysia
“Pengenalan Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu bukan sekadar pelancaran model baharu, tetapi tentang menawarkan pengalaman interaksi jenama yang lebih mendalam dan diperibadikan kepada pelanggan.”
“Pratonton eksklusif di Stars@Mercedes-Benz Bangsar ini membolehkan kami mendekatkan inovasi kepada pelanggan serta mempamerkan bagaimana jenama kami membentuk masa depan mobiliti mewah di Malaysia.”
Nadia Trimmel, Naib Presiden, Pemasaran & Jualan, Mercedes-Benz Malaysia
Pada tahun 2026, Mercedes-Benz meraikan ulang tahun ke-140 sejak pendaftaran paten automobil berenjin petrol pertama pada tahun 1886.
Selama lebih satu abad, jenama ini telah membentuk evolusi mobiliti melalui keunggulan kejuruteraan, rekaan ikonik, perhatian terhadap perincian serta pengalaman pelanggan yang luar biasa. Legasi ini kini memasuki era baharu bersama kehadiran CLA serba baharu.
Mercedes-Benz CLA serba baharu menawarkan lebih banyak kelebihan dalam setiap aspek seperti ruang yang lebih luas, tahap kemasan yang lebih halus, keselesaan dipertingkat, kecerdasan lebih tinggi dan kecekapan yang lebih baik berbanding model terdahulu.
Ia menandakan permulaan pelancaran barisan produk baharu serta memperlihatkan kemajuan jenama dalam mobiliti elektrik, kecerdasan digital dan rekaan untuk generasi akan datang.
Intuitif: Mercedes-Benz paling pintar hasil Mercedes-Benz Operating System (MB.OS)
Mercedes-Benz CLA serba baharu merupakan kenderaan pertama yang beroperasi sepenuhnya menggunakan Mercedes-Benz Operating System (MB.OS) yang dibangunkan secara dalaman, menjadikannya Mercedes-Benz paling pintar setakat ini. Sistem baharu yang diperkasakan dengan AI ini membolehkan setiap kenderaan dilengkapi dengan superkomputer yang disambungkan ke Mercedes-Benz Intelligent Cloud.
Ini membolehkan kemas kini over-the-air dilakukan secara berkala untuk fungsi utama kenderaan, termasuk sistem bantuan pemanduan buat pertama kali. Dengan ini, CLA serba baharu kekal relevan dan menarik untuk jangka masa panjang.
Dengan penggunaan AI generatif, MBUX Virtual Assistant baharu merevolusikan hubungan antara pemandu dan kenderaan. Ia membolehkan perbualan kompleks berbilang peringkat seperti berbual dengan rakan, serta dilengkapi memori jangka pendek. Berasaskan ChatGPT4o dan carian Microsoft Bing, ia menggabungkan pengetahuan kolektif internet.
Dengan sokongan Google Gemini, pembantu maya ini juga mahir dalam soalan berkaitan navigasi dan mampu mengakses maklumat daripada platform Google Maps bagi memberikan jawapan terperinci dan diperibadikan mengenai navigasi, lokasi menarik dan banyak lagi.
MBUX Virtual Assistant sentiasa hadir pada Zero Layer sebagai avatar “hidup” berbentuk bintang Mercedes-Benz. Semasa perbualan aktif, ia boleh mengenal pasti emosi dan memberi respons yang bersesuaian.
Pemanduan tanpa kompromi: CLA elektrik serba baharu sebagai “kereta satu liter” untuk era elektrik
Dengan penggunaan tenaga yang sangat rendah serta jarak pemanduan mengagumkan dalam segmennya, Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu membawa mobiliti elektrik harian ke tahap yang lebih tinggi. Ia mencatat penggunaan serendah 12.2 kWh/100 km dan jarak pemanduan sehingga 792 km mengikut piawaian WLTP.
Sistem 800-volt bersama generasi bateri baharu dapat mengurangkan masa pengecasan dengan ketara. CLA elektrik serba baharu boleh dicas sehingga jarak 325 kilometer hanya dalam masa sepuluh minit.
Menawan: Adanya ekspresi beremosi dan kuasa atletik
Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu memikat dengan gabungan kecerdasan dan emosi yang mengujakan, mentakrifkan semula daya tarikan.
Jarak roda yang panjang, overhang yang pendek serta bahagian belakang GT yang berkuasa menzahirkan ekspresi atletik yang dinamik. Proporsi sporty diperkukuh dengan reka bentuk kabin yang rendah, bonet panjang dengan power domes serta roda bersaiz besar.
Bahagian atletik bermula dari arka roda hadapan hingga ke bahagian belakang yang berarca. Bahasa rekaan yang bersih menekankan permukaan berukir dengan garisan minimum dan sambungan yang kemas. Garisan karakter yang jelas pada sisi kenderaan mencipta permainan cahaya dan bayang yang menarik apabila dilihat dari sisi.
Gril ikonik berbentuk A yang sporty telah ditafsir semula untuk era elektrik. Panel bintang tanpa sambungan yang inovatif ini diterangi sepenuhnya buat pertama kali pada model pengeluaran Mercedes-Benz. Sebanyak 142 bintang LED berkesan krom yang dianimasikan secara individu membentuk identiti jenama yang tersendiri.
Model ini turut dilengkapi bumbung panoramik yang luas. Bumbung kaca tetap satu keping ini tidak mempunyai palang tengah dan memanjang lancar dari bingkai cermin hadapan hingga ke bahagian belakang, menawarkan pengalaman dalaman baharu dengan pandangan ke atas yang hampir tidak terhalang.
Mercedes-Benz CLA elektrik serba baharu juga merupakan model Mercedes-Benz moden pertama yang dilengkapi frunk (ruang simpanan hadapan) dengan kapasiti tambahan 101 liter. Di bahagian belakang, ia menawarkan ruang but dengan kapasiti 405 liter.
Mercedes-Benz CLA 250+ dengan EQ Technology kini dibuka untuk pra-tempahan menerusi laman web kami di www.mercedes-benz.com.my/cla-electric dengan anggaran harga bermula dari RM295,888 (termasuk 10% SST) untuk Semenanjung Malaysia. Harga adalah atas jalan tanpa insurans.
Menghargai kesetiaan pelanggan
Mercedes-Benz sentiasa memperkenalkan produk inovatif, dan CLA serba baharu ini membuktikan komitmen tersebut. Sama pentingnya ialah tumpuan jenama terhadap pelanggan, dengan menghargai kesetiaan serta hubungan jangka panjang yang merangkumi 140 tahun sejarah. Seiring Mercedes-Benz Malaysia terus mengukuhkan hubungan ini, inisiatif akan datang seperti 100,000 km Club akan meraikan perjalanan pemilikan melepasi pencapaian ini.
Program ini direka untuk menghargai kesetiaan dan kepercayaan pelanggan melalui keistimewaan serta pengalaman eksklusif, sekali gus mengukuhkan komitmen jenama untuk menyokong pelanggan di setiap peringkat perjalanan mereka untuk dekad-dekad akan datang.
Maklumat lanjut mengenai Mercedes-Benz boleh didapati dengan melayariwww.mercedes-benz.com.my. Ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/MercedesBenzMalaysia
The post Mercedes‑Benz Malaysia Adakan Pratonton Mercedes‑Benz CLA Elektrik Serba Baharu appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime