MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika NOKAEN
MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika NOKAEN
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Ribut Tropika (NOKAEN) yang dikesan pada jam 11 malam di latitud 14.9 darjah Utara dan longitud 123.9 darjah Timur kira-kira 158 kilometer (km) ke Timur Laut Naga City, Filipina.
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum mencapai 74 km/j.
Jarak ribut tropika dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,176 kilometer (km) ke Timur Laut Pitas, Sabah.
Bagaimanapun, tiada kesan signifikan terhadap Malaysia, lapor MetMalaysia.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.,” maklum kenyataan itu.
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post MetMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika NOKAEN appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime