Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England, Wales – ONS
1 min read

Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England, Wales – ONS


Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England, Wales -ONS

Nama Muhammad kekal sebagai nama paling popular bagi bayi lelaki di England dan Wales bagi tahun 2024, menurut data terbaharu yang dikeluarkan oleh Pejabat Perangkaan Kebangsaan (ONS).

Menurut data, seramai 5,721 bayi lelaki dinamakan Muhammad, menjadikan ia nama paling banyak digunakan buat tahun kedua berturut-turut.

Nama itu didaftar 23 peratus lebih tinggi berbanding tahun 2023, lapor Daily Mail.

ONS turut melaporkan bahawa variasi ejaan lain bagi nama tersebut juga tersenarai dalam 100 nama teratas. Mohammed mencatat 1,760 pendaftaran dan berada di tempat ke-21, manakala Mohammad di tempat ke-53 dengan 986 pendaftaran.

Sementara itu, nama Noah dan Oliver mengekalkan kedudukan di tempat kedua dan ketiga, sama seperti pada tahun 2023.

Bagi kategori bayi perempuan, nama Olivia terus berada di tangga teratas dengan 2,761 pendaftaran, diikuti Amelia dan Lily. Olivia menjadi nama paling popular di tujuh wilayah di England serta di Wales.

ONS turut menyenaraikan beberapa nama baharu yang memasuki kelompok 100 teratas buat pertama kali, termasuk Yahya untuk bayi lelaki dan Athena untuk bayi perempuan.

Gambar: ONS

Pakar menamakan bayi menyifatkan peningkatan penggunaan nama Muhammad serta nama-nama unik lain mencerminkan perubahan trend dan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat di England dan Wales.

Sumber: BBC News, Daily Mail

BACA: Berjalan Kaki 14 Jam Ke Garisan Mula, Wanita Menang Ultramaraton

BACA: Lebih 100,000 Rakyat Imarah Program Kedah Berselawat 2.0

BACA: Achraf Hakimi Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

The post Muhammad Kekal Nama Paling Popular Di England, Wales – ONS appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center