
Nasib Pekerja Gig Akan Berubah Drastik, 8 Perkara Ini Yang Korang Kena Ambil Tahu
Nasib Pekerja Gig Akan Berubah Drastik, 8 Perkara Ini Yang Korang Kena Ambil Tahu
Seperti yang umum ketahui, Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin dijangka menjadi pemangkin perubahan besar kepada nasib lebih 1.2 juta pekerja gig di Malaysia.
RUU yang dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, ini menekankan beberapa aspek penting bagi membuka lembaran baharu buat golongan pekerja gig.
Langkah ini bukan sahaja mengangkat kerjaya gig ke tahap yang lebih terjamin, tetapi juga berdaya saing.

RUU ini diwujudkan bertujuan untuk menyediakan perlindungan perburuhan asas kepada pekerja dalam sektor ini.
Berikut 8 Elemen Yang Diterapkan Dalam RUU Pekerja Gig 2025
Status Pekerja Gig
RUU ini mengekalkan status fleksibiliti pekerja gig, membolehkan mereka terus menikmati kebebasan dalam mengatur masa dan cara bekerja
Definisi Pekerja Gig
Sebelum ini, tiada definisi khusus bagi pekerja gig dalam Akta Kerja 1955.
Namun, selepas RUU ini diluluskan, pekerja gig diiktiraf secara rasmi sebagai warganegara atau penduduk tetap yang menjalankan perkhidmatan melalui perjanjian kontrak dengan entiti tertentu dan menerima pendapatan daripada perkhidmatan yang diberikan.
Pertikaian Pekerja Gig
Jika sebelum ini timbul pelbagai pertikaian mengenai pekerja gigĀ dalam industri ini.
Menerusi RUU ini, memperkenalkan proses penyelesaian yang lebih jelas melalui Mekanisme Kilanan (aduan dalaman), Pendamaian oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) dan seterusnya Tribunal Pekerja Gig bagi menyelesaikan kes dengan lebih adil.
Pendapatan Pekerja Gig
Melalui RUU ini, pekerja gig berpeluang mendapatkan kuasa rundingan bersama dalam menentukan kadar upah.
Satu majlis tripartite rasmi diwujudkan untuk membolehkan pekerja dan majikan berbincang secara kolektif dalam menetapkan bayaran yang lebih adil dan telusKeselamatan Sosial
Perlindungan Keselamatan Sosial
Salah satu perubahan ketara di bawah RUU ini ialah peluasan perlindungan PERKESO melalui model pascabayar (postpaid), di mana pekerja tidak lagi perlu membuat bayaran awal (prepaid) untuk mendapat perlindungan.
Ini kerana, bayaran caruman yang dikenakan ialah RM0.00125 bagi setiap RM1 pendapatan, dilakukan secara automatik.
Langkah ini sekali gus menjamin perlindungan lebih baik sekiranya pekerja gig ditimpa kemalangan atau musibah ketika bertugas.
Kesan Kepada Majikan
Dalam perkembangan lain, kewujudan RUU Pekerja Gig ini sedikit sebanyak memberi impak kepada majikan dari sudut positif.
Antaranya tiada sebarang kos langsung tambahan yang perlu ditanggung selepas pelaksanaannya; kos pematuhan RUU Pekerja Gig seperti tidak boleh memecat atau menggantung pekerja dengan mudah serta tidak boleh memotong bayaran sesuka hati.
Selain itu, RUU ini juga dapat menggalakkan ketelusan dalam aspek jenis pekerjaan, kadar upah, pendapatan, dan perlindungan sosial; mengurangkan risiko majikan untuk menanggung kos perubatan bagi pekerja gig dan memperkenalkan Amalan Pengurusan Buruh terbaik bagi meningkatkan kredibiliti syarikat.
Manfaat Kepada Pengguna
Dengan adanya RUU Pekerja GIG ini, rakyat yang berkhidmat di bawah sektor ini bakal menerima pelbagai manfaat.
Ia secara tidak langsungĀ perkhidmatan ini akan menawarkan jaminan yang lebih selamat, konsisten, stabil dan beretika.
Penalti & Hukuman
Justeru, RUU Pekerja Gig ini bukan sahaja mengiktiraf pekerja gig, tetapi juga memelihara keunikan sektor dalam pelbagai aspek.
#PERKESOLINDUNGSemua #iLINDUNGu #pekerjagig
BACA JUGA: Pernah Tular Pinjam Basikal Cari Rezeki, Kisah Rider Ini Buka Jalan Lindung 1.2 Juta Pekerja Gig
BACA JUGA: Netizen Mula “Kecoh”, Suasana Raptai Hari Kebangsaan 2025 Buat Ramai Ternanti
The post Nasib Pekerja Gig Akan Berubah Drastik, 8 Perkara Ini Yang Korang Kena Ambil Tahu appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime