“Paling Awal?..” Orang Ramai Mula ‘Turun’ Putrajaya Seawal 4.30 Petang
2 mins read

“Paling Awal?..” Orang Ramai Mula ‘Turun’ Putrajaya Seawal 4.30 Petang



“Paling Awal?..” Orang Ramai Mula ‘Turun’ Putrajaya Seawal 4.30 Petang

Kurang beberapa jam lama, kita bakal menyambut Sambutan Ambang Merdeka 2025 dan Hari Kebangsaan pada esok, sudah tentu, ramai yang sudah tidak sabar menantikan kiraan detik 31 Ogos termasuk pelbagai persembahan dan perarakan menarik yang diadakan di Putrajaya.

Sebelum ini, telah berlangsungnya sesi raptai yang diadakan bermula 27 hingga 29 Ogos. Ia menyaksikan kehadiran ramai pengunjung khususnya pada raptai penuh seawal jam 6 pagi lagi.

Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsikan oleh RTM di TikTok hari ini lebih mengejutkan apabila orang ramai dilihat memenuhi tempat duduk seawal jam 4.30 petang lagi bagi menonton acara kemuncak itu pada Ahad.

“Ada tak yang dah “otw” pergi Dataran Putrajaya sekarang! Ini min saja nak ‘update’ keadaan terkini tadi,” kongsi RTM.

Cuaca Panas Tak Halang Pengunjung Hadir Awal

Menerusi klip berdurasi 26 saat itu, memaparkan sebahagian kecil orang ramai telah mula hadir di kawasan perkarangan Putrajaya.

Mereka dilihat memasuki kawasan tempat duduk yang disediakan, dengan ada yang membawa pelbagai kelengkapan seperti payung.

@radiotelevisyenmalaysia

[Live Update] Ada tak yang dah “otw” pergi Dataran Putrajaya sekarang! Ini min saja nak ‘update’ keadaan terkini tadi 😎 ———————————————- Siaran Langsung Sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat kebangsaan boleh disaksikan di TV1, TV2, Berita RTM penstriman langsung di aplikasi RTMKLIK. #SambutanHariKebangsaan2025 #HKHM2025 #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI

♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan berbangga dengan semangat patriotik yang ditunjukkan oleh sebahagian pengunjung.

“Ya Allah bagus betul semangat diorang ni,” komen seorang lagi

“Semua pakat turun dah ea,” komen seorang pengguna.

“Mak aii, dorang tido dekat situ ke? awal nye,” komen seorang lagi.

“Memang salute, lagi-lagi kalau ada anak kecil. Sanggupnya mereka,” tulis seorang lagi.

Sumber: TikTok RTM

BACA: Baru Raptai, Orang Ramai Penuhi Putrajaya Seawal 6 Pagi

BACA: Kelibat Oyen Sertai Raptai Hari Kebangsaan Ceriakan Suasana

The post “Paling Awal?..” Orang Ramai Mula ‘Turun’ Putrajaya Seawal 4.30 Petang appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center