2 mins read

Pelan Lima Tahun, Kenali Sejarah Rancangan Malaysia & Bila Bermula


Pelan Lima Tahun, Kenali Sejarah Rancangan Malaysia & Bila Bermula

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat, hari ini.

Secara umumnya, RMK13 boleh dianggap sebagai dokumen utama perancangan pembangunan negara yang akan menjadi panduan kerajaan untuk tempoh lima tahun akan datang.

Begitupun, mungkin ramai yang masih belum sepenuhnya memahami apa yang dimaksudkan dengan Rancangan Malaysia, bila bermula dan mengapa ia begitu penting untuk kita semua?

Jadi, SK hari ini ingin berkongsi dengan pembaca semua beberapa fakta menarik tentang Rancangan Malaysia yang bakal menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan.

Perancangan pembangunan di Malaysia merangkumi tiga peringkat yang dibahagikan kepada Perancangan Jangka Panjang, Sederhana dan Pendek seperti berikut:

Perancangan Jangka Panjang

  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971 – 1990
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991 – 2000
  • Wawasan 2020, 1991 – 2020
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010
  • Model Baru Ekonomi, 2011 – 2020
  • Ekonomi MADANI

Perancangan Jangka Sederhana

  • Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan pembangunan lima tahun
  • Rancangan pembangunan lima tahun, seperti Rancangan Malaysia Ke-13, 2026-2030

Perancangan Jangka Pendek

  • Bajet Tahunan

Balik kepada topik utama perbincangan, Rancangan Malaysia merupakan rancangan jangka sederhana yang dirangka khas untuk memastikan segala pelaksanaan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di landasan tepat selari dengan Perancangan Jangka Panjang.

Ia menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi dan siling peruntukan untuk program pembangunan sektor awam serta menggariskan peranan sektor swasta.

Bermula daripada pembentukan Malaysia pada tahun 1963, sebanyak 13 Rancangan Malaysia sudah dibentangkan termasuk yang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Kali pertama dibentangkan pada 1965

Manakala Rancangan Malaysia Pertama meliputi tempoh bermula 1966 hingga 1970 telah dibentangkan pada 25 November 1965 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Bagi setiap Rancangan Malaysia, kerajaan juga akan melaksanakan Kajian Separuh Penggal (KSP) yang dibuat pada pertengahan tempoh lima tahun.

KSP yang dilaksanakan bertujuan untuk menyemak semula prestasi pencapaian rancangan dasar ekonomi makro dan sektoral untuk dua tahun pertama setiap Rancangan Malaysia.

Ia juga akan membuat pelarasan semula strategi, sekiranya perlu, untuk mencapai semakan sasaran baru.

Secara umumnya, Rancangan Malaysia merupakan sebuah rancangan jangka sederhana yang amat penting dalam menentukan kedudukan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Inti pati rancangan menjadi cerminan kepada hala tuju dan kesungguhan kerajaan untuk memastikan pembangunan serta ekonomi negara tumbuh dengan positif.

Baca: Kemboja Mohon Bantuan Malaysia Bebaskan 20 Anggota Tentera Ditahan Thailand

Sumber: MKN, Pejabat Perdana Menteri

The post Pelan Lima Tahun, Kenali Sejarah Rancangan Malaysia & Bila Bermula appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center