Pelepasan Cukai Individu 2025: Panduan dan Senarai Lengkap 
5 mins read

Pelepasan Cukai Individu 2025: Panduan dan Senarai Lengkap 



Pelepasan Cukai Individu 2025: Panduan dan Senarai Lengkap 

Setiap tahun, rakyat Malaysia berpeluang memanfaatkan pelbagai pelepasan cukai untuk mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar.

Bagi tahun taksiran 2025, terdapat pelbagai kategori pelepasan cukai yang disediakan khusus untuk individu, pasangan, anak-anak, gaya hidup, pendidikan, kesihatan serta perlindungan kewangan.

Memahami senarai pelepasan ini bukan sahaja dapat menjimatkan wang malah membantu merancang kewangan keluarga dengan lebih bijak.

Dari pendidikan dan rawatan perubatan sehinggalah perbelanjaan gaya hidup sihat dan simpanan untuk masa depan, setiap pelepasan cukai mempunyai tujuan tersendiri untuk meringankan beban kewangan.

Artikel ini akan menyediakan panduan lengkap bagi semua pembayar cukai agar tidak terlepas peluang menuntut potongan yang sah. Ianya sekaligus dapat memastikan manfaat maksimum daripada cukai yang dibayar.

Dengan panduan ini, anda akan dapat mengenal pasti setiap kategori pelepasan dengan mudah, menilai kelayakan dan merancang tuntutan cukai secara strategik.

1. Pelepasan individu dan keluarga

Setiap individu pemastautin layak menuntut pelepasan cukai asas bagi diri sendiri dan tanggungan. Pelepasan ini juga merangkumi pasangan, suami, isteri serta individu kurang upaya. Berikut pecahan pelepasan bagi kategori ini:

  • Individu dan tanggungan: RM9,000

  • Suami/isteri atau bayaran alimoni kepada bekas pasangan: RM4,000

  • Individu kurang upaya: RM7,000

  • Pasangan kurang upaya: RM6,000

  • Yuran pengajian sendiri:

    • Pengajian di peringkat diploma, sijil atau setaraf.

    • Pengajian di peringkat sarjana atau doktor falsafah.

    • Kursus peningkatan kemahiran (terhad RM2,000).

  • Pembayaran faedah pinjaman perumahan untuk rumah pertama:

    • Rumah dengan harga sehingga RM500,000: pelepasan RM7,000

    • Rumah dengan harga RM500,000  sehingga RM750,000: pelepasan RM5,000

Pelepasan ini memberi ruang kepada individu yang menumpukan kepada pendidikan atau memiliki kediaman pertama untuk menikmati potongan cukai yang signifikan sekaligus menggalakkan pembangunan diri dan kestabilan kewangan keluarga.

2. Perbelanjaan perubatan dan keperluan khas

Kerajaan sentiasa mengiktiraf kepentingan kesihatan dalam kehidupan seharian. Pelbagai pelepasan disediakan bagi perbelanjaan perubatan dan keperluan khas:

  • Untuk diri sendiri, pasangan atau anak: RM10,000

    • Rawatan penyakit serius

    • Rawatan kesuburan

    • Pemeriksaan perubatan (terhad RM1,000)

    • Rawatan pergigian (terhad RM1,000)

    • Pemvaksinan (terhad RM1,000)

    • Diagnosis, intervensi awal, atau pemulihan anak kurang upaya pembelajaran (terhad RM6,000)

  • Perbelanjaan untuk ibu bapa dan datuk nenek: RM8,000

    • Rawatan perubatan dan pergigian

    • Keperluan khas dan penjagaan

    • Pemeriksaan perubatan penuh dan pemvaksinan (terhad RM1,000)

  • Peralatan sokongan asas untuk orang kurang upaya: RM6,000

    • Bagi diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa

Kategori ini membolehkan pembayar cukai menuntut perbelanjaan yang berkaitan dengan kesihatan. Ianya sekaligus akan meringankan beban kewangan keluarga yang memerlukan rawatan perubatan atau penjagaan khas.

3. Pelepasan gaya hidup

Gaya hidup sihat dan produktif turut diberi perhatian melalui pelepasan cukai. Pelepasan bagi kategori ini termasuk:

  • Perbelanjaan gaya hidup (untuk diri sendiri, pasangan, atau anak): RM2,500

    • Pembelian atau langganan bahan bacaan

    • Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet

    • Bil langganan internet

    • Yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri

  • Pelepasan tambahan (untuk aktiviti sukan): RM1,000

    • Pembelian peralatan dan aktiviti sukan

    • Sewaan atau fi kemasukan ke fasiliti sukan

    • Fi pendaftaran pertandingan sukan

    • Fi keahlian gimnasium atau latihan sukan

  • Alat pengecasan kenderaan elektrik dan mesin kompos sisa makanan domestik untuk kegunaan sendiri: RM2,500

Dengan adanya pelepasan ini, kerajaan menggalakkan rakyat menjalani gaya hidup yang lebih sihat, bijak menggunakan teknologi dan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan atau pemeliharaan alam sekitar.

BACA : Program Blueprint Selangor: Bantuan Peralatan Peniaga B40

4. Perlindungan kewangan dan insurans

Selain gaya hidup, kerajaan turut memberi galakan untuk memastikan rakyat merancang kewangan dengan bijak melalui pelepasan untuk insurans dan simpanan:

  • Insurans nyawa dan KWSP: RM7,000
  • Skim persaraan swasta dan anuiti tertangguh: RM3,000
  • Simpanan SSPN (Tabung Bersih): RM8,000
  • Insurans pendidikan dan perubatan: RM4,000
  • Caruman PERKESO: RM350

Kategori ini memberi ruang kepada rakyat untuk melindungi masa depan dan memastikan kestabilan kewangan melalui pelbagai instrumen simpanan dan perlindungan.

5. Pelepasan anak dan pendidikan awal

Bagi keluarga yang mempunyai anak, pelepasan cukai turut menyediakan sokongan untuk pendidikan dan penjagaan awal:

  • Anak di bawah 18 tahun dan belum berkahwin: RM2,000
  • Anak 18 tahun ke atas yang belum berkahwin dan belajar sepenuh masa (diploma dan ke atas di Malaysia): RM8,000
  • Anak 18 tahun ke atas yang belum berkahwin dan belajar sepenuh masa (dMatrikulasi/Pra Ijazah/ A-Level di Malaysia): RM2,000
  • Anak kurang upaya belum berkahwin: RM8,000
  • Pelepasan tambahan untuk anak kurang upaya 18 tahun ke atas yang belajar sepenuh masa dan belum berkahwin: RM8,000
  • Yuran taska atau tadika berdaftar (umur 6 tahun ke bawah): RM3,000
  • Pembelian peralatan penyusuan (untuk ibu, anak kurang 2 tahun, boleh dituntut sekali setiap 2 tahun): RM1,000

Melalui pelepasan ini, keluarga berpeluang mengurangkan kos pendidikan awal dan memastikan anak-anak mendapat sokongan yang mencukupi dari segi pendidikan, penjagaan, dan keperluan kesihatan.

Kesimpulannya, senarai pelepasan cukai 2025 memberikan peluang kepada rakyat untuk merancang kewangan dengan lebih bijak dan menjadikan cukai pendapatan lebih adil dan fleksibel.

Dari pendidikan, kesihatan, gaya hidup, perlindungan kewangan hingga ke sokongan keluarga, setiap pelepasan mempunyai tujuan tersendiri untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Memahami dan menuntut pelepasan ini dengan tepat bukan sahaja mengurangkan beban cukai tetapi juga dapat membantu anda merancang kehidupan dan kewangan keluarga dengan lebih strategik dan terurus.

Sumber : FB LHDNM

BACA : Rahsia Tuala Sentiasa Gebu: 10 Trik Yang Ramai Tak Tahu

The post Pelepasan Cukai Individu 2025: Panduan dan Senarai Lengkap  appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center