Perancis Kesan Varian COVID-19 Terbaharu Buat Kali Pertama
Perancis Kesan Varian COVID-19 Terbaharu Buat Kali Pertama
ISTANBUL, 24 Mei (Bernama) — Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu COVID-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi.
Empat kes varian itu dikenal pasti oleh Pusat Rujukan Nasional di Lyon, menurut saluran penyiaran BFMTV pada Jumaat.
“Beberapa negara telah melaporkan kehadiran varian ini. Di Perancis, kami menemukan beberapa kes, tidak banyak. Empat kes telah dikenal pasti, baik di hospital mahupun dalam komuniti,” kata ahli virologi, Bruno Lina.
Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) turut memaklumkan bahawa sehingga April lalu, beberapa kes NB.1.8.1 dikesan di Jerman, Ireland, Belanda, Sepanyol dan Sweden.
Varian NB.1.8.1 kini dominan di China dan sedang menular di beberapa bahagian Asia, menyebabkan peningkatan kes jangkitan dan kemasukan ke hospital di Hong Kong dan Taiwan.
Walaupun dipercayai tidak menyebabkan gejala penyakit yang lebih serius, pihak berkuasa menasihatkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak serta meningkatkan bekalan vaksin dan rawatan.
Sumber: Bernama
BACA: Pemilihan PKR: Rafizi Kongsi Luahan Hati Di Media Sosial
BACA: Thailand Catat Lebih 41,000 Kes Covid-19, Dijangka Akan Meningkat Pada Musim Hujan
The post Perancis Kesan Varian COVID-19 Terbaharu Buat Kali Pertama appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime