PM Thailand Gantung Perjanjian Damai & Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja
PM Thailand Gantung Perjanjian Damai & Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja
Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, pada Isnin mengumumkan penggantungan pelaksanaan perjanjian damai Thailand–Kemboja.
Menurut Bangkok Post, keputusan itu dibuat susulan empat anggota tentera Thailand cedera akibat letupan periuk api berhampiran sempadan di wilayah Si Sa Ket.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, seorang anggota tentera Thailand dilaporkan kehilangan kaki kanan, manakala tiga lagi mengalami kecederaan ringan.
Anutin berkata, keputusan menggantung perjanjian tersebut dibuat selepas beliau bersetuju dengan syor daripada Kementerian Pertahanan dan pihak angkatan tentera.
“Apa yang berlaku menunjukkan masih wujud unsur permusuhan terhadap Thailand serta ancaman keselamatan yang berterusan,” katanya.
Perdana Menteri itu turut memaklumkan akan melawat anggota tentera yang cedera di Si Sa Ket pada Selasa, sambil menzahirkan rasa simpati dengan berkata, “askar kita kehilangan kakinya”.
Sementara itu, Menteri Pertahanan Thailand, Jeneral Nattapon Narkphanit, berkata siasatan awal mendapati periuk api tersebut dipercayai baru dipasang. Ini kerana letupan berlaku di laluan yang sering digunakan untuk rondaan oleh tentera Thailand, lapor Bangkok Post.
“Ini adalah tindakan daripada pihak Kemboja yang tidak mematuhi pengisytiharan yang ditandatangani pada 26 Oktober 2025,” katanya.
Menurut beliau, Kementerian Pertahanan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada kerajaan Kemboja melalui Kementerian Luar Negeri. Tindakan lanjut juga akan diambil sekiranya siasatan mengesahkan letupan itu menunjukkan niat mencabuli kedaulatan Thailand.
BACA: Taufan Fung-wong Badai Filipina, Angin Kencang Gegar Jambatan Gantung Camaligan
Sumber: Bangkok Post
The post PM Thailand Gantung Perjanjian Damai & Pembebasan Tahanan Dengan Kemboja appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime