PTPTN Perkasa Kefahaman Pengurusan Kewangan Pelajar Melalui Program Smart Next Gen
2 mins read

PTPTN Perkasa Kefahaman Pengurusan Kewangan Pelajar Melalui Program Smart Next Gen



PTPTN Perkasa Kefahaman Pengurusan Kewangan Pelajar Melalui Program Smart Next Gen

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dan menyokong usaha memartabatkan sektor pendidikan tinggi negara dengan melaksanakan pelbagai program berimpak bagi membantu meningkatkan akademik dan kebajikan pelajar.

Program Smart Next Gen yang dianjurkan oleh PTPTN bersama pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada hari ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman dalam pelbagai bidang di samping membantu pelajar membuat persediaan awal dalam menghadapi alam kerjaya selepas tamat pengajian.

Melalui program ini, pelajar turut diberikan fokus utama kepada pendedahan ilmu literasi kewangan termasuk perancangan simpanan dan pengurusan hutang.

Program ini merupakan kesinambungan kepada inisiatif pemerkasaan pelajar yang telah dilaksanakan sebelum ini seperti Program Literasi Kewangan dan Persediaan Kerjaya pada tahun 2022 dan 2023 serta Program Campus To Career with PTPTN pada tahun 2024 yang memberi penekanan kepada perancangan kewangan berhemah serta pembentukan tabiat kewangan yang mampan dalam kalangan pelajar.

Program Smart Next Gen menampilkan pelbagai sesi menarik oleh pakar motivasi serta panel berpengalaman yang memberi panduan praktikal dan inspirasi untuk membentuk pelajar berdaya saing. Selaras dengan peranan PTPTN dalam membimbing pelajar yang bukan sahaja dari segi akademik malah dari aspek kewangan, tabungan dan tanggungjawab untuk masa hadapan.

YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN serta pempengaruh terkenal turut menyerikan program di dalam sesi ‘Sembang Santai’ bersama para pelajar. Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Badrul Isa, Penolong Naib Canselor (MASMED) Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM serta Pengurusan Kanan PTPTN dan UiTM.

Pengerusi PTPTN berkata, “Program Smart Next Gen di UiTM merupakan salah satu usaha PTPTN dalam membantu pelajar membina asas kewangan yang kukuh dan memotivasikan pelajar untuk mengharungi alam pekerjaan. Pendekatan ini menzahirkan komitmen PTPTN bukan sahaja dalam menyediakan pembiayaan pendidikan malah dalam melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang relevan bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.”

“Program Generasi Next Gen juga memberi pendedahan berkaitan kemahiran pengurusan kewangan yang selari dengan keperluan semasa.”

“Kesedaran awal mengenai pengurusan hutang, kepentingan penabungan dan amalan kewangan berhemah perlu diterapkan agar pelajar mampu membuat keputusan bijak termasuk memilih instrumen simpanan yang menawarkan pelbagai manfaat serta pulangan jangka panjang,” tambah beliau lagi.

PTPTN akan terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program-program CSR terutamanya dalam aspek pendidikan demi pembangunan anak bangsa selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline PTPTN Prihatin : Kami Kongsi, Kami Bantu.

The post PTPTN Perkasa Kefahaman Pengurusan Kewangan Pelajar Melalui Program Smart Next Gen appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center